Berita

Ayda Jebat teruja nak nikah

Ayda Jebat teruja nak nikah 2

Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat teruja apabila bakal disatukan dengan tunang, Nabil Mahir, hari ini.

Pasangan itu dijangka bakal bernikah pukul 3 petang di sebuah masjid di ibu negara.

Ayda berkata, setiap bakal pengantin pastinya mempunyai perasaan yang bercampur-baur menjelang hari bahagia.

“Perasaan gementar itu kurang sedikit tetapi saya boleh katakan ia lebih kepada rasa teruja. Malah saya sudah beritahu Nabil, apabila majlis akad nikah, kalau boleh saya nak jadi individu terakhir masuk masjid. Nak elakkan perasaan berbaur itu.

“Mungkin Nabil rasa gementarlah sebab dia di pihak lelaki kan? Tapi bagi saya, kami sebenarnya rasa teruja itu lebih memandangkan perancangan ini sudah pun dibuat lama.

“Dokan agar semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Terima kasih buat rakan-rakan yang sejak awal memberikan ucapan tahniah,” katanyq.

Menurut Ayda, dia memilih untuk tidak menjemput tetamu yang ramai.

“Kami memilih untuk tidak menjemput ramai tetamu. Kami enggan ambil risiko. Kami tidaklah rasa terkilan kerana tiada majlis besar, cuma ketika ini lebih baik diadakan secara sederhana sahaja.

“Apa yang penting adalah perkara wajib, moga majlis akad nikah kami dapat disempurnakan dengan baik,” katanya.

Ditanya mengenai nasihat orang lama yang tidak menggalakkan pasangan bakal pengantin kerap bertemu saat tarikh kahwin kian hampir, Ayda ada jawapan sendiri.

Jelasnya, mereka sudah mempunyai beberapa kerja yang perlu diselesaikan berdua meski tarikh perkahwinan kian hampir.

“Buat masa sekarang kami ada beberapa projek bersama, selain Nabil juga turut bertindak sebagai pengarah bersama untuk muzik video Parah Parah.

“Jadi ada beberapa komitmen yang perlu kami buat berdua. Lagi pun saya tidak ramai kawan, jadi sejujurnya saya rasa selamat bila dia ada di sisi,” katanya.

Terdahulu pasangan sama cantik sama padan ini mengikat tali pertunangan pada 28 April lalu menerusi aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ayda Jebat teruja nak nikah 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo