Berita

Azhan bukan suka-suka tayang bulu ketiak


Kuala Lumpur: Pelakon Azhan Rani, 44, berasa lucu dengan komen netizen yang sanggup berbahas mengenai bulu ketiaknya selepas dia memuat naik beberapa foto di Instagram (IG), baru-baru ini.

Azhan dihubungi berkata macam kelakar apabila soal bulu ketiak pun boleh menjadi topik perbualan mereka kerana kurang selesa dan turut mengaitkan dengan penjagaan kebersihan diri.

“Saya sebenarnya bukan suka-suka nak tunjuk atau saja-saja bela bulu ketiak. Tapi, ia bagi memenuhi tuntutan watak saya dalam telefilem Kampung Latah Kena Kuarantin untuk Astro First.

“Telefilem komedi ini diarahkan Azizi Chuck Adnan dan siapa yang pernah bekerja dengannya mesti tahu idea Azizi ada kala macam kartun sikit.

“Apapun, di saat negara ketika ini berhadapan penularan jangkitan Covid-19 yang tinggii, apakah bulu ketiak juga merupakan satu lagi pandemik?,” katanya kepada Harian Metro.

Tidak melatah dengan komen netizen yang mengecamnya, Azhan berkata dia sedikit sebanyak sudah memahami sikap segelintir warganet di media sosial.

Katanya, yang memgecam dia mengenai bulu ketiak itu tidaklah ramai sangat dan hanya beberapa orang saja yang buat kecoh. Menurut Azhan lagi, tapi mereka tengok juga foto-foto itu.

“Bagaimanapun, bagi pengikut saya di Instagram yang memang ‘follow’ sejak dahulu, mereka tahu karekter saya di media sosial macam mana dan okay saja.

“Apapun, kepada pengikut yang taknak ‘follow’ saya disebabkan bulu ketiak, itu hak masing- masing. Bagi saya, kini hanya bersyukur kerana masih ada tawaran berlakon,” katanya.

Mengakui wujud juga perasaan bimbang dihati dengan kes Covid-19 yang makin serius, Azhan berkata dia harus positif dan teruskan bekerja dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Katanya, walaupun sekarang kerajaan melaksakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kena terus berhati-hati dan penting untuk kita semua ikut saja SOP itu. 



Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo