Berita

Azlee pilih ‘sorok’ kisah cinta, rahsia identiti kekasih 

Azlee pilih 'sorok' kisah cinta, rahsia identiti kekasih  2

Kuala Lumpur: Pelakon Azlee Khairi, 31, nekad memilih tidak mahu terlalu mencanang kisah cintanya secara terang-terangan dengan perkongsian di media sosial kerana itu lebih baik.

Menurut pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim itu, apabila soal peribadi begitu menjadi perhatian di media sosial, ia tidak bagus bagi karier dan dirinya. Justeru, ujarnya dia selesa kisah cinta tidak terlalu diuar-uarkan.

“Saya memang bercinta dan kini mengenali seorang wanita dengan lebih rapat. Dia bukan selebriti dan hubungan kami pun masih baharu,”‘katanya kepada Harian Metro.

Ditanya apakah wanita itu adalah individu dalam perkongsian foto dibuat baru-baru ini, Azlee mengakuinya. Katanya dia juga tidak bermaksud cuba menimbulkan tanda tanya.

“Peribadi dan kerjaya, dua perkara berbeza. Jadi, saya pilih tidak mahu terlalu mendedahkan identitinya. Bagaimanapun, tindakan saya memuat naik foto kami disebabkan sangat tertarik dengan suasana petang di persisir pantai ketika itu. Jadi, saya kongsi di Instagram.

“Tak sangka pula gambar itu jadi perhatian dan sekali gus timbulkan tanda tanya dan spekulasi siapa gerangannya. Dia teman wanita saya,” katanya.

Mengambil langkah berpada dalam perkongsian peribadi, Azlee berkata dia sekadar berkongsi apa yang perlu dan tidak mahu terlalu berlebihan menguar-uarkan kisah cinta di media sosial selain dari karier.

Apapun, katanya dia berterima kasih kepada peminatnya yang sentiasa menyokong. Jelasnya, dia harus membuat yang terbaik untuk kerjaya seni dan enggan melepaskan setiap peluang yang datang.

Terdahulu, Azlee pernah mendirikan rumah tangga dengan wanita dari Brunei dikenali Dayang Norlelawati pada 2014 dan kemudian dia terus hilang dari radar industri hiburan kerana berhijrah ke negara jiran.

Bagaimanapun, awal tahun lalu Azlee mendedahkan statusnya sebagai duda dan kembali aktif semula dalam kerjaya lakonan dan membintangi drama pertama, Seadanya Aku di TV3 berganding dengan Zara Zya  yang pernah menjadi heroinnya dalam Love You Mr Arrogant pada 2013.

Pada pertengahan tahun lalu juga, Azlee turut berkongsi kisah percintaannyq dengan seorang ahli perniagaan dikenali Anis. Namun, hubungan itu akhirnya terputus di tengah jalan.

Azlee pilih 'sorok' kisah cinta, rahsia identiti kekasih  2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo