Infotainment

Bagaimana Alat Perubatan Tradisi Cina Ini Menjadi ‘Must Have Beauty Tools’ Untuk Tahun 2020

Bagaimana Alat Perubatan Tradisi Cina Ini Menjadi ‘Must Have Beauty Tools’ Untuk Tahun 2020 2

Industri kecantikan dan kosmetik kini sudah makin berkembang seiring dengan perkembangan teknologi. Siapa sangka pokok pegaga (centella asiatica) punyai banyak kebaikan sehingga ia kini menjadi diantara bahan utama dalam produk kosmetik di Korea Selatan?

Begitu juga dengan alat perubatan tradisi dari China ini. Siapa sangka, alat perubatan tradisi yang dikenali sebagai ‘Gua Sha’ ini bakal menjadi kegilaan para skincare enthusiasts menjelang tahun 2020? Dengan harga kurang dari RM10, anda boleh mendapatkanya di Shopee.

Facial Gua Sha dan face roller sudah agak lama berada dalam industri kecantikan. Akan tetapi, kehadiran pandemik COVID-19 yang memaksa warga dunia untuk duduk di rumah, telah membuatkan ramai orang belajar dan mencuba pelbagai produk kecantikan dan beauty tools bagi mengisi masa lapang.

Difahamkan, facial Gua Sha dan face roller boleh menegangkan wajah, membuatkan wajah anda tampak lebih slim dan alat ini juga turut disamakan dengan rawatan Botox. Sejauh mana kebenarannya? Mari kita rungkaikan!

Wujud sejak zaman Paleolitik?

Disebut sebagai ‘gwah-shah’, definisi buat alat ini boleh dibahagikan kepada dua: Gua membawa maksud scrape (mengikis) dan Sha pula bermaksud redness to the skin (kemerahan pada kulit).

Menurut perubatan tradisi cina, Gua Sha difahamkan merupakan sebuah rawatan yang mengikis keluar penyakit seperti demam dan juga penyakit kronik dari badan. Nama lain buat rawatan ini dikenali sebagai scraping, spooning dan coining.

Kaedah rawatan Gua Sha ini difahamkan telah wujud dari zaman Paleolitik lagi. Bagaimanapun, rawatan ini mula popular dan digunakan secara meluas di China Ketika zaman pemerintahan Dinasti Ming, iaitu pada tahun 1368 hingga 1644.

Traditional Chinese medicine Gua Sha

RAWATAN TRADISIONAL GUA SHA. SUMBER: SHAPE MAGAZINE

Gua Sha kini telah berubah seiring dengan peredaran zaman. Jika dulu batu digunakan sebagai alat untuk melakukan rawatan ini, alat tersebut kini digantikan dengan batu kristal yang cantik seperti rose quartz, amethyst dan jade. 

Menerusi laporan yang ditulis di portal Bino, setiap bentuk Gua Sha mempunyai fungsi yang berlainan. Bagaimanapun, bentuk dolphin merupakan bentuk yang sering digunakan, terutama sekali bagi rawatan facial Gua Sha.

Dari alat perubatan ke must have beauty tools?

Berbeza dari ‘sejarah facial Gua Sha dan face roller‘ yang dikatakan pernah digunakan oleh puteri raja China zaman dahulu yang sering digembar-gemburkan sebagai marketing tactic para penjual, facial Gua Sha menurut Cecily Braden menerusi temu bualnya bersama Vogue, dikatakan sebenarnya ditemui secara tidak sengaja.

Menurut rawatan tradisional cina, qi merupakan tenaga yang mengalir dalam badan kita. Ketidakseimbangan qi dalam badan boleh membuka pintu kepada pelbagai penyakit. Oleh itu, rawatan Gua Sha dilihat boleh membantu pengaliran qi dalam badan.

Gua-Sha-illustration

SUMBER: FACE MATTER SKINCARE

Konsep yang sama digunakan buat facial Gua Sha dan face roller. Alat tersebut difahamkan boleh memudahkan pengaliran qi dan meredakan ketegangan otot muka.

Selain itu, facial Gua Sha dan face roller juga dikatakan dapat membantu melancarkan pengaliran limfa pada muka yang menyebabkan wajah tampak puffy di pagi hari.

Diantara kebaikan lain facial Gua Sha dan face roller difahamkan dapat mengurangkan garis halus di muka, mengurangkan pigmentasi, menjadikan kulit lebih halus, tingkatkan kadar kolagen dan membuatkan wajah tampak lebih sculpted.

Berpotensi untuk menjadi bahaya

Facial Gua Sha dan face roller dikenali sebagai rawatan anti penuaan oleh kerana teknik urutan yang digunakan menerusi kedua-dua alat ini. Melihat dari aspek tersebut, alat ini mempunyai potensi untuk melambatkan proses penuaan.

Bagaimanapun, oleh kerana alat ini telah tular di media sosial, lebih-lebih lagi apabila para influencer seperti Kendal Jenner dan Miranda Kerr dilihat menggunakannya, jadi lebih ramailah orang yang berpusu-pusu ingin membeli beauty tools ini tanpa mengetahui cara penggunaan yang betul.

guasha-slider

SUMBER: IO DONNA

Ramai dari pengguna malah influencer dilihat menggunakan teknik yang salah ketika menggunakan facial Gua Sha dan face roller. Menurut laporan yang ditulis di Harper’s BAZAAR, pakar menggalakan pengguna untuk mengikut teknik yang telah disarankan dan menghalang mereka dari mencipta teknik sendiri.

Antara kesilapan yang biasa dilakukan ialah menggunakan alat tersebut tanpa sebarang facial oil atau serum sebagai pelincir. Penggunaan alat tersebut pada permukaan kulit yang kering difahamkan boleh mempercepatkan proses penuaan dan secara tidak langsung membuatkan usaha anda menjadi sia-sia.

Apapun, melihat kepada kebaikan yang ada pada rawatan facial Gua Sha dan face roller ini, tidak hairanlah kenapa ianya menjadi kegilaan para wanita dan skincare enthusiasts! Tapi benarkah alat ini boleh membantu menghilangkan pigmentasi dan menjadikan kulit wajah kita lebih halus?

Sekadar facial massage

Berdasarkan laporan dari The Washington Post yang telah menemu bual Suzanne Friedler, seorang pakai dermatologi, rawatan tersebut difahamkan hanyalah sekadar facial massage sahaja.

“Setiap urutan pada muka boleh meningkatkan peredaran darah di muka dan membuatkan wajah tampak lebih cerah, sculpted dan tidak bengkak,” jelas Suzanne.

Menurut Suzanne lagi, kesan tersebut hanyalah sementara dengan penggunaan face roller. Jadi jika anda inginkan kesan yang tahan lama, ini bukanlah alatnya.

Laporan dari Global Times pula mengatakan meskipun rawatan Gua Sha pada badan memberikan kesan yang positif, kesan yang sama tidak dapat dilihat buat rawatan muka.

Menurut pakar dermatologi, facial gua sha hanya memberikan kesan yang sedikit dari kebaikan yang sering dihebahkan.

00_social(1)

SUMBER: VOGUE

Bagaimanapun, ini tidak bermaksud bahawa rawatan ini adalah sia-sia. Akan tetapi, belum ada kajian yang dibuat yang boleh membuktikan kebenarannya.

Rawatan facial Gua Sha dan face roller ini sedikit sebanyak membawa saya kembali ke alam persekolahan dulu. Biasalah, kecantikan dan wanita memang sering digandingkan bersama.

Pada zaman persekolahan dulu, setiap pagi sebelum bersiap sepenuhnya untuk ke sekolah, saya pasti akan singgah ke peti ais dan keluarkan dua sudu yang disimpan dibahagian freezer kemudian letakan bahagian belakang kedua-dua sudu tersebut di bawah mata.

Sama seperti kebaikan dari penggunaan facial gua sha dan face roller, amalan meletakan sudu pada bahawa mata mengikut petua orang dulu-dulu, katanya boleh mengurangkan eye bags dan bengkak pada muka. Sejauh mana kebenaran petua tersebut saya juga tidak pasti tapi kerana ingin tampil cantik sentiasa, saya ikutkan juga.

Begitu jugalah dengan penggunaan facial Gua Sha dan face roller, meskipun kesahihan kebaikan dari amalan tersebut belum diketahui, tidak salah bagi kita untuk mencuba. Apa yang penting, kita sebagai pengguna haruslah belajar dahulu tentang penggunaan yamg betul dan tidak meletakkan expectation yang tinggi.

Untuk membaca tulisan menarik yang lain dari The Vocket, klik sahaja pada pautan di bawah!

Nak Cantik Sampai Sakit, Kenapa Wanita Begitu Obses Dengan Kecantikan?

Servis S, Teknik Hebat Keluarga Sidek Yang Diharamkan Daripada Kejohanan Badminton Dunia

 



Bagaimana Alat Perubatan Tradisi Cina Ini Menjadi ‘Must Have Beauty Tools’ Untuk Tahun 2020 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo