Berita

Bagaimana Anthony Hopkins bebas alkohol 45 tahun lalu

Bagaimana Anthony Hopkins bebas alkohol 45 tahun lalu 2

PEMENANG anugerah Oscar, Sir Anthony Hopkins, 82, berkongsi video di Twitter meraikan 45 tahun dirinya bebas daripada pengambilan alkohol.

Dalam video yang dimuat naik semalam, Hopkins berkongsi bagaimana dia memulakan perjuangannya untuk meninggalkan alkohol 45 tahun lalu.

“Tahun ini adalah tahun yang sukar dan meninggalkan kesedihan buat ramai orang. Pada tarikh hari ini (30 Disember) 45 tahun lalu, saya umpama mendapat peringatan. Saya lalui satu situasi yang sangat teruk dan saya minum (minuman beralkohol) hingga ingin menamatkan riwayat saya. 

“Saya bukanlah orang yang terlalu baik atau ingin memuji diri sendiri, tapi saya ada mesej yang ingin dikongsikan,” katanya. 

Menurutnya, muncul satu pertanyaan dalam dirinya sama ada dia ingin teruskan kehidupan atau tidak. 

“Pertanyaan itu adalah sama ada saya mahu hidup atau mati dan saya berkata, saya ingin terus hidup. Secara tiba-tiba, rasa tenang itu datang dan kehidupan saya menjadi lebih luar biasa selepas itu,” katanya. 

Dia juga berpesan kepada generasi baru untuk terus kekal positif dan berjuang untuk kehidupan. 

“Teruskan kehidupan. Hari ini adalah hari yang menimbulkan kerisauan buat kita semua pada hari sebelumnya. 

“Orang muda, jangan mudah berputus asa. Terus berjuang dan tonjolkan diri. Kuasa Tuhan akan membantu anda dalam kesusahan. Itulah yang membuatkan saya terus berjuang dalam kehidupan saya,” katanya.

Bagaimana Anthony Hopkins bebas alkohol 45 tahun lalu 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo