Artikel Terkini

Bagaimana Warren Buffett Mengubah Pandangan Pelabur Terhadap Perak, Seterusnya Menjadikan Thomas Kaplan Seorang Bilionaire

Bagaimana Warren Buffett Mengubah Pandangan Pelabur Terhadap Perak, Seterusnya Menjadikan Thomas Kaplan Seorang Bilionaire 1

Bagaimana Warren Buffett Mengubah Pandangan Pelabur Terhadap Perak, Seterusnya Menjadikan Thomas Kaplan Seorang Bilionaire 2

Seperti yang kita sedia maklum, Warren Buffett sangat terkenal dalam pemilihan saham yang berkualiti tinggi untuk dijadikan pelaburan jangka masa panjang. Dan tidak begitu gemar di dalam pelaburan yang berasaskan komoditi yang digelarnya sebagai ‘unproductive asset‘ seperti emas atau perak.

Bagi dirinya, aset seperti ini tidak dapat berkembang dengan baik untuk tempoh jangka masa lama berbanding dengan memiliki saham syarikat yang menjalankan perniagaan yang bagus.

Tapi, tahukah anda Warren Buffett pernah membeli jumlah yang begitu besar perak suatu ketika dahulu yang mana telah mengubah pandangan para pelaburan logam berkenaan terhadap komoditi tersebut?

Warren Buffett telah berjaya mengubah pandangan pelabur mengenai perak dan seterusnya menjadikan seorang trader komoditi itu seorang billionaire.

Bagaimana Warren Buffett Mengubah Pandangan Pelabur Terhadap Perak, Seterusnya Menjadikan Thomas Kaplan Seorang Bilionaire 3
Bagaimana Warren Buffett Mengubah Pandangan Pelabur Terhadap Perak, Seterusnya Menjadikan Thomas Kaplan Seorang Bilionaire 9

Bilionaire tersebut adalah Thomas Kaplan yang merupakan seorang pedagang komoditi. Beliau merupakan pengasas kepada sebuah syarikat perlombongan perak yang diberi nama Apex Silver Mines.

Syarikat perlombongan tersebut ditubuhkan pada tahun 1993 yang mana pada ketika itu, perak dianggap sebagai salah satu pelaburan yang tidak menguntungkan di dalam pasaran komoditi dunia berbanding dengan komoditi yang lain.

Thomas Kaplan mengambil inspirasi dari seorang pelabur Switzerland yang berjaya iaitu Marc Faber yang berjaya dalam perdagangan komoditi. Ketika menubuhkan Apex Silver Mines, beliau tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam perlombongan. Beliau hanyalah seorang graduan PHD di Universiti Oxford di dalam bidang sejarah.

Ketika awal penubuhan syarikat, Thomas Kaplan mendapat dana sebanyak $10 juta dari bilionaire terkenal iaitu George Soros. Beliau menghadapi banyak cabaran untuk membawa syarikatnya untuk diapungkan di dalam pasaran saham, kerana ramai pelabur yang tidak percaya akan keuntungan yang akan diperolehi jika melabur ke dalam syarikatnya itu.

Pada tahun 1997, pandangan pelabur terhadap pelaburan ini mula berubah apabila Berkshire Hathaway telah membeli sejumlah besar perak untuk dimasukkan ke dalam portfolio pelaburan.

Bagaimana Warren Buffett Mengubah Pandangan Pelabur Terhadap Perak, Seterusnya Menjadikan Thomas Kaplan Seorang Bilionaire 4
Bagaimana Warren Buffett Mengubah Pandangan Pelabur Terhadap Perak, Seterusnya Menjadikan Thomas Kaplan Seorang Bilionaire 10

Warren Buffett telah membeli sebanyak 3,500 tan perak pada ketika itu. Disebabkan tindakan yang dilakukannya, ramai pelabur mula percaya bahawa perak merupakan pelaburan yang bagus untuk masa depan. Dengan pengaruh yang dimiliki oleh Warren Buffett di dalam pasaran saham, orang ramai mengikuti beliau dalam pelaburan perak.

Perkara ini telah memudahkan Thomas Kaplan untuk menyenaraikan saham syarikatnya. Itulah titik permulaan kejayaan Thomas Kaplan di dalam bidang pelaburan komoditi perak.

Beliau kemudian menjual sepenuhnya pegangan dalam syarikat pada tahun 2004 dan meluaskan bidang pelaburan kepada komoditi lain seperti penerokaan minyak mentah.

Sepanjang berada di Apex Silver Mines, syarikat tersebut berjaya mengembangkan perlombongan perak ke luar Amerika Syarikat dan mempunyai lombong perak dan zink di antara yang terbesar di dunia yang terletak di Bolivia.

Bagaimana Warren Buffett Mengubah Pandangan Pelabur Terhadap Perak, Seterusnya Menjadikan Thomas Kaplan Seorang Bilionaire 5
Bagaimana Warren Buffett Mengubah Pandangan Pelabur Terhadap Perak, Seterusnya Menjadikan Thomas Kaplan Seorang Bilionaire 11

Perak dan emas boleh dikatakan adik beradik kerana pergerakan harga kedua-duanya yang hampir sama. Apabila kegawatan ekonomi berlaku, emas dan perak merupakan logam yang kalis inflasi.

Kini ekonomi dunia semakin tak menentu dan mungkinkah perak sesuai untuk dijadikan portfolio di dalam pelaburan kita?

Sumber Rujukan:

Bagaimana Warren Buffett Mengubah Pandangan Pelabur Terhadap Perak, Seterusnya Menjadikan Thomas Kaplan Seorang Bilionaire 6
Bagaimana Warren Buffett Mengubah Pandangan Pelabur Terhadap Perak, Seterusnya Menjadikan Thomas Kaplan Seorang Bilionaire 7

Bagaimana Warren Buffett Mengubah Pandangan Pelabur Terhadap Perak, Seterusnya Menjadikan Thomas Kaplan Seorang Bilionaire 2

Source link