Artikel Terkini

Bakar Dulu Kuali Baru Kalau Kalau Tak Nak Melekat Dan Tak Mudah Berkarat

Bakar Dulu Kuali Baru Kalau Kalau Tak Nak Melekat Dan Tak Mudah Berkarat 2

Asal beli kuali baru atau non-stik mesti boleh jadi gagal memasak nak-nak kalau goreng telur, ikan dan sebagainya. Walaupun dah guna minyak, masakkan tetap melekat. Rupanya, menurut Chef Wan Luqman, ada cara nak pastikan kuali yang baru dibeli tidak melekat dan tahan lama.

Orang putih cakap “season the wok”. Untuk ape bakar? Carbon steel wok ni kalau tak jaga dia, tak manjakan dia, dia akan cepat berkarat. Jadi untuk elakkan berkarat, kita kena bakar kuali ni dulu sebelum guna dia.

Salah satu lagi sebab nak bakar adalah supaya masakan kita tak melekat. Jadi pengalaman memasak anda lebih seronok. Proses semua makan masa lebih kurang 30-45minit bergantung kepada power api dapur anda.

1. Kuali ni masa baru beli dia berbungkus dalam plastik. Bila buka plastik, permukaan kuali tu dia berminyak / greasy. Itu adalah minyak dari kilang…kite kena cuci dulu. Tenyeh gosok dengan sabun guna span besi ye. Depan belakang bontot dia kita gonyoh semua.

2. Dah gonyoh guna span besi mesti la nampak kesan² tu. Biarkan je. Jangan sedih pulak kuali calar.

3. Set kan api dapur yang paling kuat dan mula bakar!

4. Bakar sampai kebiruan ke seluruh permukaan kuali ni tau, biar rata semua tempat. INGAT JANGAN LAMA SANGAT, BILA DAH START BIRU TERUS ALIH KE PERMUKAAN LAIN. KALAU LAMA SANGAT KAT TEMPAT SAMA, NANTI YANG BIRU TU AKAN JADI MERAH. TANDA BESI TERLALU PANAS dan akan berkarat di kemudian hari.

Bakar seluruh permukaan kuali ye. Jangan leka dan lalai

5. Dah siap dan biarkan dalam 10 minit.

6. Lepas 10 min, kite test season. Letak minyak sikit.

7. Guna paper towel untuk ratakan ke seluruh permukaan kuali. Ingat, tisu dapur ye. Bukan guna tisu muka

8. Test Run, goreng la pape pun, bawang ke, daun bawang ke halia ke serai ke…seronok waktu ni tengok mereka berlari lara. Goreng je sampai garing ke hangus ke

9. Bile dah garing kaw², buang bahan goreng tadi dan guna tisu tadi untuk lap permukaan kuali.

10. Dah habis lap, biarkan sekejap dalam 3-5min. Bagi dia cool down dulu.

11. Kemudian bilas dan gosok guna span tanpa sabun ye

12. Lap² bagi kering kemudian panaskan. Titiskan minyak sikit dan sapu rata lagi sekali

13. Bila kita gosok guna tisu sambil api menyala, dia akan start berasap. Tutup api…siap.

Besok² nak pakai, panaskan dulu, ratakan sedikit minyak ke seluruh permukaan kuali…baru guna. Ini dipanggil pre season…

Buat 2-3 kali pre season, insyaallah lepas tu kuali akan hitam gelap gelita macam kat restoran tu, itu lah yang kita mahu. Konpem x melekat sampai sudah.

Bakar Dulu Kuali Baru Kalau Kalau Tak Nak Melekat Dan Tak Mudah Berkarat 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link