Berita

Balu Sarjan Baharuddin terima sumbangan Yang di-Pertuan Agong

Balu Sarjan Baharuddin terima sumbangan Yang di-Pertuan Agong 1

Jempol: Kematian mendiang Sarjan Baharuddin Ramli, 54, dalam kejadian tembakan di sempadan Malaysia-Thailand semalam mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Berikutan itu, juruiring baginda, Datuk Yahaya Othman hadir menyampaikan sumbangan kepada balu mendiang, Relow Ko di rumah bapa mendiang di Kampung Orang Asli Sungai Sampo, dekat sini, petang tadi.

Pada majlis itu, Yahaya menyampaikan watikah ucapan takziah kepada keluarga mendiang selain menyerahkan sumbangan wang tunai RM5,000 kepada balu mendiang.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook; Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Samsudin dan Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor.

Sementara itu, Relow berkata, dia terharu dengan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap musibah yang berlaku kepada keluarganya.

Katanya, dia tidak menyangka Al-Sultan Abdullah menghantar juruiring baginda bagi menyampaikan sumbangan dan watikah ucapan takziah.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Baharuddin.

Menurut kenyataan dimuat naik menerusi Facebook (FB) Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih atas pemergian Baharuddin dan berharap seluruh keluarga mendiang sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana pilu itu.

“Seri Paduka Baginda berdua turut menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan yang besar buat Pasukan Gerakan Am dan negara,” demikian menurut kenyataan itu.

Mendiang Baharuddin maut selepas terkena dua das tembakan pada dada dan perut manakala seorang lagi anggota PGA, Sarjan Norihan Tari, 39, parah terkena tembakan pada kanan perut.

Balu Sarjan Baharuddin terima sumbangan Yang di-Pertuan Agong 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo