Artikel Terkini

Bancatakaful manfaat 1.2 juta petani, nelayan

Bancatakaful manfaat 1.2 juta petani, nelayan
Bancatakaful manfaat 1.2 juta petani, nelayan 1

KUALA LUMPUR – Seramai 1.2 juta petani dan nelayan seluruh negara bakal mendapat manfaat dari segi pelan perlindungan melalui Perkongsian Strategik Bancatakaful antara Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia Keluarga) dan Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank).

Ketua Pegawai Ekskutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, pelan perlindungan tersebut penting kerana dapat memberi jaminan keselamatan diri ke arah lebih baik kepada golongan petani dan nelayan yang merupakan watak penting dalam perkembangan industri negara.

“Ramai dalam kalangan petani dan nelayan tidak mempunyai pelan perlindungan dan tidak menyedari tentang kepentingan pelan terbabit.

“Sebagai tambahan kepada pelan perlindungan tersebut, produk takaful khusus seperti pelan rancangan persaraan, pendidikan dan perubatan mampu milik akan diperkenalkan kepada agripreneur daripada komuniti terpinggir dan tidak mendapat liputan seperti golongan berpendapatan rendah (B40), asnaf, wanita dan orang kelainan upaya (OKU) ini.

“Langkah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif melangkaui perbankan bank untuk merapatkan lagi jurang perlindungan takaful terutamanya dalam kalangan masyarakat luar bandar,” katanya semasa majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua syarikat berkenaan di Hotel Pullman KL City Centre di sini, hari ini.

MoU tersebut telah disaksikan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Haslina Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Malaysia Keluarga, Nor Azman Zainal.

Dalam pada itu, Nor Azman berkata, perkongsian berkenaan akan memberi akses keselamatan kewangan yang lebih baik kepada pelanggan Agrobank melalui produk takaful am dan keluarga.

“Kerjasama ini bertepatan pada masanya untuk mengukuhkan kedudukan syarikat tersebut dalam industri pelan perlindungan.

“Kami juga memperuntukkan RM1 juta setiap tahun sepanjang perkongsian bancanatakaful ini untuk pelanggan Agrobank yang merupakan asnaf atau penerima zakat, selaras dengan falsafah korporat kami untuk memperbaiki kehidupan dan menyumbang ke arah masyarakat penyayang,” katanya. – KOSMO! ONLINE.


Bancatakaful manfaat 1.2 juta petani, nelayan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo