Infotainment

Bangladesh Buka Madrasah Pertama Untuk Transgender Muslim

Bangladesh Buka Madrasah Pertama Untuk Transgender Muslim 1

Bangladesh Buka Madrasah Pertama Untuk Transgender Muslim 2

Madrasah pertama bagi golongan transgender Muslim dibuka di Dhaka, Bangladesh pada 6 November lalu. Ulama tempatan melihat ini sebagai langkah pertama untuk menyatukan kumpulan minoriti yang sering dipandang serong oleh masyarakat setempat, lapor Chanel News Asia.

Dengan nama Madrasah Dawatul Islam Tritio Linger, tempat ini akan mengajar kumpulan transgender pengetahuan mengenai Al-Quran, falsafah Islam, bahasa Bengali, Inggeris, matematik dan sains sosial.

“Saya sangat gembira,” kata Shakila Akhter, seorang pelajar berusia 33 tahun yang dilahirkan sebagai seorang gadis sebelum memilih untuk menjadi lelaki.

“Kami beragama Islam, tetapi kami tidak dapat pergi ke masjid. Kami bahkan tidak dapat bergaul dengan anggota masyarakat lain,” kata Akhter menceritakan kehidupannya sebagai seorang transgender Muslim di Bangladesh.

Kira-kira 1.5 juta orang transgender tinggal di Bangladesh. Penubuhan sekolah ini dianggap sebagai salah satu usaha Bangladesh untuk menyatukan kumpulan yang sering menjadi sasaran diksriminasi di negara-negara Asia. Mereka sering dijatuhkan hukuman penjara kerana memilih untuk menjadi berbeza.

Pada tahun 2015, pelampau Islam membunuh aktivis gay dan editor sebuah majalah LGBT. Sementara itu, banyak golongan LGBT lain telah melarikan diri dari Bangladesh.

Untuk rekod, Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina sejak 2013  telah memberi kebenaran agar kumpulan trangender dikenali sebagai jantina yang terpisah. Tahun lalu, kumpulan trangender diberi kebenaran untuk menukar jantina mereka.

Madrasah ini akan dikendalikan oleh sekumpulan ulama yang diketuai oleh Abdur Rahman Azad. Mereka mengubah bangunan tiga tingkat menjadi sebuah sekolah dengan dana dari badan amal tempatan. Pada masa ini, 150 pelajar transgender sudah berdaftar di sana.

Bagi Azad, golongan transgender atau lebih dikenali sebagai Hijra di Bangladesh, telah menderita terlalu lama. “Mereka telah menjalani kehidupan yang sengsara terlalu lama. Mereka tidak dapat pergi ke sekolah, madrasah atau masjid. Mereka menjadi mangsa diskriminasi. Kita, rakyat dan negara harus disalahkan untuk ini,” katanya.

“Kami ingin mengakhiri diskriminasi ini. Allah tidak membezakan antara manusia. Islam memperlakukan semua orang sebagai manusia. Hijrah mesti menikmati semua hak seperti manusia lain,” kata Azad.

Terdahulu, ribuan pekerja Bangladesh turut ke jalan raya bagi menuntut untuk kembali bekerja di Malaysia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ribuan Pekerja Bangladesh Tunjuk Perasaan Di Dhaka, Desak Mahu Pulang Ke Malaysia

Pasang Jalur Gemilang Terbalik, Pemandu Lori Dan Pekerja Bangladesh Dalam Video Tular Ditahan Polis

Kepulangan Rayhan Kabir Ke Bangladesh Disambut Dengan Air Mata Kegembiraan




Bangladesh Buka Madrasah Pertama Untuk Transgender Muslim 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo