Artikel Terkini

Banjir: Mangsa di Kelantan tinggal 5,585 orang

Banjir: Mangsa di Kelantan tinggal 5,585 orang
Banjir: Mangsa di Kelantan tinggal 5,585 orang 1

KOTA BHARU – Mangsa banjir di Kelantan menurun kepada 5,585 orang yang ditempatkan di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 malam ini berbanding 10,642 orang pagi tadi.

Pegawai Pengurusan Bencana dan Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Kapten Mohd. Hanif Omar berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 5,057 mangsa.

Menurutnya, daripada angka itu, ia melibatkan 1,835 buah keluarga dan ia menunjukkan penurunan berbanding 3,495 keluarga pagi tadi.

“Hanya dua daerah masih mempunyai mangsa banjir iaitu Pasir Mas dengan jumlah 8,300 orang dan Tumpat seramai 2,342 orang.

“Semua sungai-sungai utama di Kelantan termasuk Sungai Kelantan, Sungai Golok, Sungai Semerak, Sungai Lebir, Sungai Pergau dan Sungai Lanas menunjukkan bacaan menurun hari ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE


Banjir: Mangsa di Kelantan tinggal 5,585 orang 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo