Artikel Terkini

Bank Negara Malaysia Menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Kepada 1.75%

Bank Negara Malaysia Menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Kepada 1.75% 1
0
(0)

Bank Negara Malaysia Menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Kepada 1.75% 2

Bank Negara Malaysia (BNM) pada Mesyuarat Dasar Monetari (MPC) yang diadakan pada 7 Julai 2020, menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang menjadi penanda aras kadar faedah tempatan sebanyak 25 mata asas kepada 1.75%.

Kadar siling dan lantai koridor OPR masing-masing diturunkan kepada 2.00% dan 1.50%.

Bank Negara Malaysia Menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Kepada 1.75% 3
Kredit: FB Bank Negara Malaysia

Apa Itu OPR?

Kadar Dasar Semalaman atau Overnight Policy Rate (OPR) adalah faedah yang dikenakan bagi pinjaman antara institusi depositori. Institusi depositori ialah bank atau institusi kewangan yang mengambil wang daripada pelanggan dan membayar faedah terhadap wang simpanan tersebut.

Jumlah simpanan yang ada pada sesebuah bank sentiasa berubah berdasarkan aktiviti-aktiviti seperti pinjaman, pengeluaran dan deposit pelanggannya.

Biasanya bank yang mempunyai lebihan tunai akan memberikan pinjaman kepada bank lain yang wang tunainya semakin merosot kerana ramai pengguna bank mengeluarkan simpanan mereka secara mendadak sehingga menyebabkan kekurangan tunai pada bank tersebut.

Bank yang akan meminjam dari bank lain dan akan dikenakan faedah.

Kesan OPR Kepada Kita?

Salah satu penentuan kadar faedah pinjaman kita adalah ditentukan oleh OPR. Sekiranya OPR diturunkan, maka kadar asas akan menurun. Sebaliknya jika OPR dinaikkan, maka kadar asas akan meningkat. 

Dengan pengumuman penurunan OPR daripada BNM ini, berkemungkinan besar kos bayaran bulanan hutang peminjam juga akan berkurang.

Walaubagaimanapun, perlu diiingatkan bahawa hanya pembiayaan dan pinjaman yang menggunakan floating interest sahaja yang akan turun seperti Pembiayaan ASB (ASB Loan) dan pembiayaan/pinjaman perumahan.

Pembiayaan dan pinjaman kereta tidak dikira sebagai floating interest kerana pinjaman kereta ianya menggunakan kadar faedah tetap. Hanya hutang kereta baharu sahaja akan terkesan dan akan menjadi sedikit murah.

Bank Negara Malaysia Menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Kepada 1.75% 4
Bank Negara Malaysia Menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Kepada 1.75% 8

Secara ringkasnya, apabila semua bayaran bulanan berkurang, masyarakat akan mempunyai lebihan tunai untuk dibelanjakan. Ini secara tidak langsung akan merangsang pertumbuhan ekonomi.

Sumber Rujukan: 

Ditulis oleh Farah Alan, seorang perunding syarikat latihan pelaburan dan juga merupakan pedagang saham tegar. Untuk sebarang pertanyaan boleh dihubungi melalui emel [email protected]

Dah 4 Kali OPR Turun Bagi Tahun 2020

Tahun ini sahaja 4 kali OPR telah diturunkan oleh BNM. Kalau ikut rekod, berikut merupakan penurunan OPR bagi tahun 2020.

22 Jan 2020: -0.25
03 Mac 2020: -0.25
05 Mei 2020: -0.50
07 Julai 2020: -0.25

Tunggulah surat makluman dari bank masing-masing untuk tahu berapa jumlah bayaran ansuran pembiayaan/pinjaman yang baru.

Baca juga:

Bank Negara Malaysia Menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Kepada 1.75% 5
Bank Negara Malaysia Menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Kepada 1.75% 6

Bank Negara Malaysia Menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Kepada 1.75% 2

Source link

Show us your support

Click on a star to rate it!

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate

We are sorry that this post was not useful for you!

Let us improve this post!

Tell us how we can improve this post?