Infotainment

Bantu 100 Pemandu Dan ‘Rider’ Penghantar Makanan, PU Riz Kongsi Rezeki

Bantu 100 Pemandu Dan ‘Rider’ Penghantar Makanan, PU Riz Kongsi Rezeki

Bantu 100 Pemandu Dan ‘Rider’ Penghantar Makanan, PU Riz Kongsi Rezeki 1

Selebriti dan pendakwah terkenal, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail masih meneruskan misi bantuan apabila dia dilaporkan telah menyerahkan sumbangan kepada 100 pemandu dan juga ‘rider’ penghantar makanan, semalam.

Haris memaklumkan bahawa pihaknya telah membuat tempahan menerusi aplikasi penghantaran makanan tersebut di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur untuk membolehkan urusan sumbangan dihulurkan buat para pemandu dan juga ‘rider’ yang dataang ke lokasi serahan bantuan di Taman Tun Dr. Ismail.

Antara barangan yang disumbangkan berupa keperluan asas seperti minyak masak, sardin, Milo, susu manis, roti dan sedikit wang tunai.

“Sebelum ini kita serah bantuan untuk penduduk di Taman Jinjang Baru. Saya sedar, dalam keadaan sekarang banyak lagi  golongan terjejas dan mungkin terlepas pandang. Disebabkan itu, untuk kali ini saya bersama pasukan memilih untuk serahkan sumbangan kepada pemandu dan ‘rider’. Tidak dinafikan mereka juga antara golongan yang terjejas.”

Dia dalam pada itu memaklumkan pelbagai bangsa telah datang untuk menerima bantuan dan ia menunjukkan semangat kewarganegaraan yang cuba pasukan Haris tunjukkan dalam membantu semua insan tak kira agama.

BACA: Bendera Putih: Pertubuhan Kasih Neelofa Dan PU Riz Bantu 110 Keluarga Susah

Jelasnya lagi, inisiatif yang dijalankan itu hanyalah sekadar tanggungjawab sesama manusia dan untuk berkongsi nikmat rezeki yang dikurniakan Allah S.W.T.

Selain Haris, aktiviti tersebut turut mendapat sokongan daripada Pertubuhan Kasih Neelofa dan juga Naelofa Hijab di bawah anjuran isterinya, Noor Neelofa.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.





PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Bantu 100 Pemandu Dan ‘Rider’ Penghantar Makanan, PU Riz Kongsi Rezeki 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo