Berita

Bantuan pembayaran bagi pelanggan B40

Bantuan pembayaran bagi pelanggan B40 1

Bantuan pembayaran bagi pelanggan B40 2

Kuala Lumpur: Bank Muamalat Malaysia Bhd akan menyediakan bantuan pembayaran bersasar yang dipertingkatkan kepada pelanggan B40 dan perusahaan mikronya yang terjejas dari segi kewangan akibat pandemik Covid-19.

Bank itu berkata, bantuan kewangan itu disasarkan kepada pelanggan B40, yang terdiri daripada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) / Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan perusahaan mikro dengan jumlah pembiayaan yang diluluskan sehingga RM150,000.

Pelanggan yang layak boleh memilih untuk penangguhan bayaran ansuran selama tiga bulan atau pengurangan 50 peratus bayaran ansuran selama enam bulan.

Mereka yang memilih untuk tidak mengikuti moratorium automatik yang diumumkan pada Mac 2020 juga layak mendapat bantuan tersebut, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bank itu berkata pelanggan yang pembiayaannya diluluskan sebelum 1 Okt 2020 dan tidak tertunggak melebihi 90 hari pada tarikh permintaan akan layak untuk kemudahan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, pihak bank telah menghubungi pelanggan melalui pelbagai platform media sosial bagi memastikan mereka mengetahui bantuan tersebut.

Beliau berkata bantuan pembayaran bersasar itu akan berkuatkuasa mulai 1 Dis, 2020 sehingga 30 Jun 2021 susulan ucapan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 Nov lepas.

Pelanggan boleh mengemukakan permohonan mereka kepada Bank Muamalat bermula 23 Nov, 2020, kata Khairul.

Bagi pelanggan M40 yang berdaftar sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bank itu berkata pihaknya telah mempermudahkan proses permohonan bantuan pembayaran, dan pemohon hanya perlu menyediakan pernyataan diri mengenai pengurangan pendapatan mereka untuk memohon bantuan itu.

Pelanggan yang memerlukan maklumat lanjut mengenai bantuan itu dinasihatkan untuk melayari cawangan terdekat atau menghubungi Bank Muamalat di talian 03-2600 5500 atau melayari laman webnya di www.muamalat.com.my.

Bantuan pembayaran bagi pelanggan B40 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo