Infotainment

Banyak Makanan ‘Rare’ Dan Pedas, Gadis Jepun Ini Terkejut Lihat Menu Family Mart Di Malaysia

Banyak Makanan ‘Rare’ Dan Pedas, Gadis Jepun Ini Terkejut Lihat Menu Family Mart Di Malaysia
Banyak Makanan 'Rare' Dan Pedas, Gadis Jepun Ini Terkejut Lihat Menu Family Mart Di Malaysia 1

Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Malaysia merupakan salah satu negara yang unik di dunia kerana penduduk setempat boleh beradaptasi dengan apa-apa jua jenis makanan, asalkan ia dimasak menepati citarasa lidah orang negara ini.

Artikel Berkaitan:

Tular satu rakaman video seorang gadis Jepun berasa pelik apabila melihat makanan-makanan Family Mart yang ada dijual untuk pasaran Malaysia. Menurut Mariko Kosako, salah seorang peserta Dev Fest 2022, ini pertama kali dia melihat makanan Jepun turut dicampur dengan bahan-bahan asing yang pedas.

“Orang Jepun tidak makan pedas, konsep Mala (Mala Chicken Onigiri) tidak wujud di negara kami.

Crawfish? Saya tidak tahu. Sekali lagi saya tegaskan Jepun tidak makan Crawfish, jadi saya sangat tertanya-tanya bagaimanakah rasa Crawfish Onigiri tersebut,” kata Mariko di hadapan para hadirin.

@durianator

She’s Mariko Kosaka from Google New York #devfest2022

♬ original sound – durianator

Tambah wakil Google New York berasal dari Jepun itu, di negara asalnya Oden cumalah fishcake yang direbus tanpa ada apa-apa perasa. Beliau berasa kagum apabila melihat Oden mempunyai pelbagai jenis perasa.

“Oden berkuah Tom Yam, Oden berkuah Sate, ini sangat genius. Anda semua patut eksport menu-menu itu semula ke Tokyo,” kata Mariko dengan penuh kagum.

Perkongsian video oleh TikTok @duriantor itu membuatkan netizen berasa geli hati melihat reaksi gadis Jepun tersebut. Orang ramai menyatakan sekiranya Mariko tinggal di Malaysia lebih lama, lebih banyak lagi makanan-makanan unik yang beliau dapat jumpa seperti semua makanan ditambah dengan cheese.

Banyak Makanan 'Rare' Dan Pedas, Gadis Jepun Ini Terkejut Lihat Menu Family Mart Di Malaysia 2
Sumber Gambar: TikTok @durianator
Banyak Makanan 'Rare' Dan Pedas, Gadis Jepun Ini Terkejut Lihat Menu Family Mart Di Malaysia 3
Sumber Gambar: TikTok @durianator
Banyak Makanan 'Rare' Dan Pedas, Gadis Jepun Ini Terkejut Lihat Menu Family Mart Di Malaysia 4
Sumber Gambar: TikTok @durianator

Menurut @duriantor, video itu dirakam ketika acara Google Dev Fest berlangsung di Kuala Lumpur 3 Disember baru-baru ini. Walaupun acara tersebut mengenai pembangunan teknologi dan perisian Google, gadis yang membesar di Tokyo dan kini menetap di New York itu mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman semasa beliau berada di Malaysia.

Netizen juga bersependapat dengan @duriantor bahawa Mariko merupakan seorang speaker yang sangat menarik sehinggakan ‘intro ringkas’ yang disampaikannya itu seolah-olah tajuk utama pembentangan acara tersebut.

Orang ramai turut berharap agar Mariko dapat datang ke Malaysia pada masa akan datang dan berkongsi lebih lagi ‘pembentangan’ mengenai makanan-makanan yang ada di negara ini.


Banyak Makanan 'Rare' Dan Pedas, Gadis Jepun Ini Terkejut Lihat Menu Family Mart Di Malaysia 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo