Berita

BASF Petronas Chemicals tutup kilang butanediol, derivatif di Kuantan

BASF Petronas Chemicals tutup kilang butanediol, derivatif di Kuantan 1

BASF Petronas Chemicals tutup kilang butanediol, derivatif di Kuantan 2

Kuala Lumpur: BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd (BPC), syarikat usaha sama BASF Nederland BV dan Petronas Chemicals Group Bhd (PCG), akan menutup kilang butanediol dan derivatifnya di Kuantan, Pahang, pada Mac tahun depan.

Menurut kenyataan BPC hari ini, keputusan itu adalah seiringan dengan usaha pelarasan semula portfolio produk bagi pertumbuhan jangka panjang dan tidak akan memberi impak terhadap kilang lain dalam kawasan sama.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PCG Datuk Sazali Hamzah berkata, keputusan berkenaan sebaliknya akan memberi manfaat strategi jangka panjang terhadap BPC dan pihak berkepentingannya susulan perubahan landskap perniagaan serta prospek jangka panjang yang tidak memberangsangkan.

“Malah, kami berharap untuk menghasilkan produk nilai tinggi baharu menggunakan teknologi terkini yang seiring dengan pelan pengembangan PCG dengan merangkumi pembangunan segmen bahan kimia khusus.

“Ini akan membolehkan kami mendapat akses pasaran dan pelangan baharu, sekali gus meningkatkan pertumbuhan bagi kemampanan perniagaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan BPC Marko Murtonen berkata, langkah penutupan itu juga disebabkan oleh kapasiti berlebihan yang ketara di rantau ini susulan pelaburan dalam pengeluaran baharu BDO berasaskan arang batu.

Sehubungan itu, katanya, BPC dalam usaha menghubungi pelanggan sebagai sokongan terhadap kelancaran proses peralihan dan akan terus berkhidmat kepada pelanggan dengan produk lain keluaran syarikat itu.

“BPC juga akan bekerjasama erat dan memberi bantuan sewajarnya kepada pekerja kami yang terbabit dalam proses peralihan ini,” katanya.

Naib Presiden Kanan BASF bagi Asia Pasifik, Vasilios Galanos berkata, sebagai salah satu syarikat peneraju dalam perniagaan BDO dan derivatif, pihak-pihak terbabit juga komited terhadap pembangunan berterusan dalam rantaian nilai BDO.

“Langkah ini adalah sebahagian daripada strategi kami untuk meningkatkan daya saing dalam pasaran dengan menambah nilai jangka panjang kepada perniagaan pelanggan, BASF dan BPC,” katanya.

BPC adalah syarikat usaha sama membabitkan BASF (60 peratus kepentingan) dan PCG (40 peratus) bagi kilang derivatif propilena dan butana di Gebeng, Pahang.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, PCG berkata BPC akan merekodkan caj sekali yang dianggarkan sebanyak US$139 juta (RM577 juta) dalam suku keempat 2020 yang terutamanya berkaitan dengan pelupusan, rosot nilai, peruntukan bagi penyahtauliahan dan kos pemisahan pekerja.

Implikasi kewangan terhadap PCG adalah US$56 juta (RM232 juta) berdasarkan pegangan kepentingan sebanyak 40 peratus.

Perniagaan BDO BPC itu mula beroperasi pada 2004 dan terbabit dalam usaha penghasilan serta penjualan butanediol, tetrahydrofuran dan gamma-butyrolactone yang disifatkan sebagai perantara serba guna dalam industri bahan kimia.

BASF Petronas Chemicals tutup kilang butanediol, derivatif di Kuantan 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo