Infotainment

Bawa Diri Berhijrah Ke Indonesia, Iqbal Cari Rumah Harga RM4 Juta

Bawa Diri Berhijrah Ke Indonesia, Iqbal Cari Rumah Harga RM4 Juta
Bawa Diri Berhijrah Ke Indonesia, Iqbal Cari Rumah Harga RM4 Juta 1

Selepas isu tak jadi kahwin dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida, nama usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkifli sering menjadi bualan ramai. Ada sahaja cerita mengenainya diperkatakan sejak beberapa bulan lalu.

Kecewa dengan segala kecaman netizen, menerusi satu perkongsian terbaru Iqbal berkata dia akan membawa diri sekaligus ingin berhijrah ke Indonesia untuk menyembuhkan luka di hati.

BACA: Ahmad Iqbal Bawa Diri Ke Luar Negara?

Mengucapkan terima kasih kepada mereka yang melemparkan kata-kata kurang senang terhadap dirinya, Iqbal berharap dia dapat bertemu kebahagiaan di negara seberang itu.

“Terima kasih kepada semua yang menyakiti saya. Terima kasih kepada yang masih sudi mendoakan. Berharap di Indonesia saya bisa bahagia dan bertemu dengan orang yang menyembuhkan luka.

“Salam hormat untuk rumah baruku Indonesia. Jika ada sesuatu doa, pesanan atau apa sahaja, silakan tinggal di sini, saya akan baca dengan sepenuh hati,” katanya.

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Iqbal mengatakan dia sedang mencari sebuah rumah Indonesia dan mahu membeli dengan harga tidak melebihi AS$1 juta (RM4.24 juta).

Bawa Diri Berhijrah Ke Indonesia, Iqbal Cari Rumah Harga RM4 Juta 2

“Siapa jumpa rumah untuk dijual di Jakarta, mohon beritahu saya ya. Rumah sederhana sahaja tidak lebih 1 juta USD (RM4.24 juta). Sekadar rumah berteduh saya di sini,” tulisnya.

Terdahulu, Iqbal meluahkan rasa kecewa dengan kecaman diterima tidak henti-henti, Iqbal berkata dia merasakan sudah tidak sesuai lagi untuk menetap di Malaysia.


Bawa Diri Berhijrah Ke Indonesia, Iqbal Cari Rumah Harga RM4 Juta 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo