Berita

‘Bawak molek heli tu..’ – Bapa Mohd Irfan Fikri

'Bawak molek heli tu..' - Bapa Mohd Irfan Fikri 1

'Bawak molek heli tu..' - Bapa Mohd Irfan Fikri 2

Kuala Lumpur: Pesanan bapa arwah pelatih penerbangan, Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi di status Facebook (FB) anaknya sehari sebelum nahas menyebabkan ramai warganet tersentuh hati.

Malah, video terakhir menunjukkan sebuah helikopter yang dimuat naik oleh arwah semalam dilihat hampir 100,000 orang selain dikongsi lebih 200 orang dan menerima 80 komen.

Menerusi status itu, bapa arwah yang menggunakan nama Mohamed Rawi Che Muda di FB berpesan supaya anaknya itu berhati-hati membawa helikopter kerana keadaan cuaca tidak menentu.

“Bawak molek heli tu (bawa heli dengan baik). Loni (sekarang) musim angin ribut,” tulisnya.

“Insya-Allah.” balas Mohd Irfan kepada pesanan bapanya itu.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, Mohd Irfan dan jurulatih penerbangan, Mohd Sabri Baharon, disahkan meninggal dunia selepas helikopter dinaiki terbabit kemalangan di udara dengan sebuah lagi helikopter sebelum terhempas di Jalan Melawati, Ampang.

Kedua-dua helikopter jenis G2CA itu dipercayai dalam penerbangan latihan dari Subang menuju ke Genting Sempah.

Dalam perkembangan sama, Akaun FB milik Mohd Irfan Fikri dihujani ucapan takziah oleh rakan dan warganet.

FB yang menggunakan nama Irfan F. Rawi menerima ratusan hantaran ucapan itu dan komen selain ada yang turut berkongsi gambar bersama arwah suatu ketika dulu.

Berita berkaitan

Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga nahas helikopter

‘(Arwah) Dalam beg, tak bagi tengok’

Ekor helikopter patah sebelum terhempas

Shira terkejut, ingatkan bunyi bom dan tanah runtuh

Nahas helikopter: Mangsa terselamat enggan diganggu

Helikopter jalani latihan penerbangan

Nahas helikopter: MOT akan jalankan siasatan teknikal

‘Saya cam tangan dan jam arwah adik’

[UPDATE]: Mangsa nahas helikopter dikenal pasti

[UPDATE] Helikopter terhempas ketika ujian penerbangan [METROTV]

2 maut helikopter terhempas [METROTV]

'Bawak molek heli tu..' - Bapa Mohd Irfan Fikri 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo