Berita

Bekas Gabenor Bank Negara nafi terkait dengan 1MDB

Bekas Gabenor Bank Negara nafi terkait dengan 1MDB 2

Kuala Lumpur: Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menafikan dakwaan bahawa keluarganya terbabit dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Saya memerhatikan dengan kebimbangan apabila melihat banyak laporan media yang tidak benar mengaitkan saya dan keluarga saya dengan 1MDB.

“Isu berkaitan 1MDB telah disiasat sepenuhnya oleh pihak berwajib seperti BNM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” kata Zeti dalam kenyataan ringkasnya, malam tadi.

Zeti berkata, beliau sudah memberikan kerjasama sepenuhnya dan menyerahkan kesemua maklumat yang diperlukan kepada PDRM serta SPRM berhubung siasatan rasmi berkenaan 1MDB dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Zeti bagaimanapun tidak dapat mengulas sebarang kenyataan lanjut memandangkan beliau saksi yang berpotensi dalam perbicaraan ke atas Najib yang masih berjalan.

“Oleh itu, pada pandangan saya, ini akan mengganggu perbicaraan yang sedang berjalan dan berpotensi menjadi sub judice untuk saya membuat sebarang kenyataan ketika ini.

“Saya ingin mengulangi bahawa keluarga saya dan saya tidak pernah menerima apa-apa jumlah wang daripada 1MDB. Tuduhan terhadap kami adalah palsu dan berniat jahat,” katanya.

Bekas Gabenor Bank Negara nafi terkait dengan 1MDB 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo