Infotainment

Belanja RM1,000 baru boleh beli minyak masak, gula?

Belanja RM1,000 baru boleh beli minyak masak, gula?
Belanja RM1,000 baru boleh beli minyak masak, gula? 1

KLUANG: Perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM1,000 dalam satu pembelian jika ingin mendapatkan bekalan minyak peket dan gula.

Itulah antara dilema yang terpaksa dihadapi sebahagian peruncit yang datang mendapatkan bekalan barangan jualan di premis pemborong sekitar bandar ini.

Pemilik sebuah kedai runcit di Taman Sri Impian, Putra Ahmad, 35, mendakwa, bagi pembelian barang-barang bernilai RM1,000, mereka hanya dapat membeli sekotak minyak masak peket (17 bungkus) dan satu karton gula pasir (12 bungkus).

Katanya, harga minyak masak peket pula dijual dengan harga RM2.45 manakala gula RM2.75 sebungkus.

“Kami menjual minyak masak peket kepada pelanggan pada harga RM2.50 itu dengan keuntungan hanya lima sen sepeket manakala gula dijual pada harga RM2.85, iaitu untung 10 sen sahaja.

“Oleh itu kami terpaksa mensyaratkan setiap pelanggan perlu membeli sekurang-kurangnya dua barangan keperluan lain jika ingin membeli minyak masak peket atau gula,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, semalam.

Keadaan itu berlaku sejak krisis bekalan minyak masak peket manakala bekalan gula pasir sejak sebulan lalu.

Peruncit sepertinya juga terkesan dengan harga minyak masak botol yang sentiasa berubah setiap bulan sehingga kadangkala mengalami kerugian sekiranya bekalan tidak habis terjual pada bulan semasa.

“Pernah kami terpaksa “menyimpan” sementara bekalan minyak masak botol kerana harga diturunkan jauh lebih rendah daripada waktu pembelian dan menunggu bulan berikutnya dengan mengharapkan kenaikan semula berlaku bagi mengelakkan kerugian besar,” katanya.

Seorang lagi peruncit di Renggam yang hanya mahu dikenali sebagai Marry, 55, mengakui perkara sama yang dihadapinya, namun percaya hanya melibatkan peniaga kecil seperti mereka.

Keadaan itu menyebabkan penjual berasa serba salah untuk meletakkan syarat kepada pelanggan kerana ada ketika mereka memerlukan minyak masak atau gula sahaja.

“Namun kami terpaksa kerana dengan keuntungan antara lima sen atau 10 sen setiap peket yang dijual tidak boleh menampung kos operasi kedai termasuk gaji pekerja,” katanya. – UTUSAN


Belanja RM1,000 baru boleh beli minyak masak, gula? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo