Artikel Terkini

Belanjawan 2021 tekan pendekatan ubah suai dasar, inisiatif untuk harungi pasca COVID-19

Belanjawan 2021 tekan pendekatan ubah suai dasar, inisiatif untuk harungi pasca COVID-19 1
0
(0)

Belanjawan 2021 tekan pendekatan ubah suai dasar, inisiatif untuk harungi pasca COVID-19 2

Belanjawan 2021 tekan pendekatan ubah suai dasar, inisiatif untuk harungi pasca COVID-19 3

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2021 yang dijadual dibentangkan di Parlimen pada 6 November ini akan menekankan pendekatan pengubahsuaian dasar serta inisiatif kerajaan agar selari dengan cabaran mengharungi pasca pandemik COVID-19.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata tumpuan utama belanjawan itu adalah menjana pertumbuhan ekonomi negara.

“Sudah tentu dengan pasca COVID-19, cabarannya berbeza kerana ia memberi satu pendekatan kepada kita bagaimana untuk mengubah suai semua polisi dan inisiatif supaya selari dengan cabaran tersebut,” katanya kepada pemberita semasa ditemui pada majlis penyerahan Sijil Piawaian Antarabangsa ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Antirasuah di Menara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di sini, hari ini.

Mohamed Azmin menyaksikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Bhd, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani menyampaikan sijil tersebut kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) MITI Datuk Seri Norazman Ayob.

Semalam Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Belanjawan 2021 akan meliputi empat tema utama iaitu mengambil peduli terhadap rakyat, memacu ekonomi, kehidupan yang mampan serta menambah baik penyampaian perkhidmatan awam.

Antara bidang berkaitan adalah memastikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2021, meningkatkan pelaburan langsung asing (FDI) tahun depan serta melonjakkan keyakinan pelabur.

Selain itu, ketika ditanya mengenai kes COVID-19 yang mungkin meningkat pada masa akan datang, Mohamed Azmin berkata sistem kesihatan di Malaysia berada pada tahap yang baik dan mampu menanganinya.

“Sekiranya berlaku peningkatan (kes), saya berpandangan sistem kesihatan kita mampu menguruskan situasi tersebut, begitu juga dengan petugas barisan hadapan. Kita yakin sistem kesihatan negara mampu tangani keadaan jika berlaku gelombang seterusnya,” katanya.

Sementara itu, mengenai persijilan piawaian ISO 37001:2016, Mohamed Azmin berkata MITI menjadi kementerian keempat di Malaysia dan yang pertama di bawah kategori berisiko sederhana yang berjaya menerima sijil tersebut.

“Ini membuktikan komitmen MITI untuk memastikan pengurusan dalam kementerian berpaksikan kepada tadbir urus yang baik, berintegriti, tidak menjalankan sebarang amalan rasuah atau salah guna kuasa,” katanya.

Piawaian ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Antirasuah diperkenalkan oleh Organisasi Pemiawaian Antarabangsa (ISO) yang beribu pejabat di Geneva, Switzerland bertujuan menyediakan kawalan berkesan bagi mengelak, mengesan dan bertindak cepat terhadap perlakuan rasuah selain menggalakkan budaya berintegriti, telus dan pematuhan kepada undang-undang.

Persijilan bagi MITI adalah susulan Projek Pembangunan Sistem Pengurusan Antirasuah MITI pada 13 Mac hingga 26 Jun, 2019 untuk menambah nilai kepada pelaksanaan tugas utama MITI seperti pelaksanaan aktiviti perdagangan dan pembangunan industri.

— BERNAMA



Belanjawan 2021 tekan pendekatan ubah suai dasar, inisiatif untuk harungi pasca COVID-19 2

Source link

Show us your support

Click on a star to rate it!

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate

We are sorry that this post was not useful for you!

Let us improve this post!

Tell us how we can improve this post?