Infotainment

Belum Lagi Bersalin, Mawar Rashid Dah Buka Akaun Instagram Untuk Anak

Belum Lagi Bersalin, Mawar Rashid Dah Buka Akaun Instagram Untuk Anak 2

Bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi dan melalui proses kehamilan dalam tempoh pandemik Covid-19, pelakon Mawar Rashid berkata dia perlu berhati-hati dengan keadaan sekeliling. Menurut Mawar, pengalaman kali ini berbeza berbanding ketika hamil anak pertama.

BACA: Lengkap Sepasang, Mawar Rashid Bakal Timang Anak Perempuan

“Kalau berbicara mengenai proses kehamilan dan persediaan untuk kandungan kali ini, tentunya ada banyak perbezaan yang saya sendiri rasai.

“Disebabkan pandemik ini, saya tak banyak berada di luar. Kalau nak beli barang keperluan pun, saya akan senaraikan apa yang diperlukan dan sentiasa patuh dengan prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Dijangka bakal melahirkan cahaya mata perempuan pada pertengahan Januari 2021, Mawar berkata dia dan suaminya sentiasa mengelakkan melakukan aktiviti berisiko tinggi serta hanya keluar bila perlu.

Dalam pada itu, Mawar memberitahu dia sudah melakukan semua persediaan, malah turut membuka akaun Instagram khas untuk puterinya itu. Ujarnya, dia mahu semua kenangan indah tentang anaknya disimpan di media sosial itu.

“Sebelum ini, Rafael pun ada akaun Instagram sendiri. Jadi, untuk anak yang ini pun saya dah buka akaun Instagram khas. Kalau boleh, biarlah memori itu terpahat di platform berkenaan buat tatapan kami.

“Bukan apa, saya nak jadikannya sebagai tempat untuk kami tinggalkan memori bersama. Kalau dahulu, gambar-gambar dicetak dan disimpan dalam album. Jadi, sekarang kita simpan di dalam media sosial seperti Instagram, katanya.



Belum Lagi Bersalin, Mawar Rashid Dah Buka Akaun Instagram Untuk Anak 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo