Artikel Terkini

Belum Mencecah Usia 30 Tahun, Daiyan Trisha Berjaya Miliki Rumah Pertama

Belum Mencecah Usia 30 Tahun, Daiyan Trisha Berjaya Miliki Rumah Pertama
Belum Mencecah Usia 30 Tahun, Daiyan Trisha Berjaya Miliki Rumah Pertama 1

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon terkenal Daiyan Trisha ada berkongsi khabar berita gembira apabila dirinya kini telah berjaya memiliki sebuah rumah idamannya. 

Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin telah berkongsi khabar tersebut dengan memuat naik beberapa keping foto kediamannya menerusi hantaran di laman media sosial Instagram miliknya.

“level up, alhamdulillah your girl’s got a new house!!,” tulisnya. 

Belum Mencecah Usia 30 Tahun, Daiyan Trisha Berjaya Miliki Rumah Pertama 2 Belum Mencecah Usia 30 Tahun, Daiyan Trisha Berjaya Miliki Rumah Pertama 4

Difahamkan, penyanyi berusia 28 tahun itu telah berjaya memiliki sebuah rumah bungalow setinggi dua tingkat yang dilengkapi dengan kolam renang di kawasan laman kediamannya. 

Manakala, struktur rekaan luar bangunan tampak moden dan sangat bergaya yang nyata amat sesuai buat penyanyi asal Selangor itu. 

Melihat perkongsian foto berikutnya, ruang dalaman tersergam indah dengan tangga rumah yang berkonsepkan ‘modern industrial’ mewujudkan rekaan hiasan dalaman lebih unik dan kreatif.

Belum Mencecah Usia 30 Tahun, Daiyan Trisha Berjaya Miliki Rumah Pertama 6 Belum Mencecah Usia 30 Tahun, Daiyan Trisha Berjaya Miliki Rumah Pertama 8 Belum Mencecah Usia 30 Tahun, Daiyan Trisha Berjaya Miliki Rumah Pertama 10

Meski belum mencecah usia 30 tahun, penyanyi jelita ini telah berjaya untuk memiliki rumah idamannya yang boleh dijadikan sebagai pemangkin semangat buat anak muda khususnya yang masih belum memiliki rumah.

Tidak ada salahnya untuk pasang impian dan angan-angan setinggi langit, kerana dengan berbekal semangat dan usaha kejayaan pasti akan muncul dalam hidup anda. Betul tak?

Jadi tahniah diucapkan kepada Daiyan dan semoga terus sukses dalam karier seni yang diceburinya. Tak sabar pula rasanya ingin lihat rekaan hiasan dalaman rumah Daiyan apabila sudah siap nanti.

Sumber: Instagram Daiyan Trisha 

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Belum Mencecah Usia 30 Tahun, Daiyan Trisha Berjaya Miliki Rumah Pertama 12

Baca artikel berikutnya: Tabiat Suka Menyimpan Barang Diklasifikasi ‘Hoarding Disorder’, Disahkan Sebagai Salah Satu Penyakit Mental

 


Belum Mencecah Usia 30 Tahun, Daiyan Trisha Berjaya Miliki Rumah Pertama 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list