Berita

Berani mencuba | Harian Metro

Berani mencuba | Harian Metro 1

Berani mencuba | Harian Metro 2

WALAUPUN pernah dikecam kerana cubaan menari dalam muzik video lagu Pendusta Cinta sebelum ini, namun kecaman itu membuatkan penyanyi, Wani Syaz atau nama sebenarnya Nursyazwani Selamat, 23, lebih dikenali ramai.

Apa tidaknya, ramai dalam kalangan netizen yang menyokong tindakan berani Wani namun tidak kurang juga yang mengecam.

Namun, jika dilihat dari sudut positif, tindakan yang diambil amat bertepatan dengan lagu terbabit, malah menampakkan kematangan Wani yang sebelum ini sekadar berada di zon selesa.

“Sebagai anak seni, saya kena berani mencuba walaupun hakikatnya saya memang sedikit malu pada awalnya, tetapi bila dah cuba saya rasa selesa dan seronok.

“Lagipun kalau tak cuba saya tak akan keluar dari zon selesa, bimbang nanti peminat bosan. Saya juga bersyukur muzik video terbabit mencecah 26 juta tontonan di YouTube,” katanya.

Menurut Wani, penyertaannya dalam program realiti Gema Gegar Vaganza (GGV) juga adalah satu tindakan berani Wani sepanjang bergelar anak seni.

“Sebelum menyertai GGV, ramai yang tidak tahu dan tidak yakin kemampuan saya membawakan lagu bernada tinggi, tetapi selepas menyertai pertandingan itu ternyata saya berjaya membuka mata ramai pihak akan kemampuan saya termasuk syarikat rakaman FMC Music,” katanya.

WANI dalam muzik video Habibi.
WANI dalam muzik video Habibi.

Siapa sangka, diam tak diam hampir lapan tahun Wani berada dalam industri hiburan.

Bermula 2013, Wani muncul dengan single pertama berjudul I Cinta Jer, kemudian meledak dengan lagu Lepaskan dan Alhamdulillah.

Single bersama Wany Hasrita berjudul Sinar Terindah adalah single pertama Wani berduet dengan artis wanita.

“Lagu itu adalah ciptaan saya sendiri dan lirik dihasilkan bersama Wany Hasrita. Sebelum ini saya hanya digandingkan dengan penyanyi lelaki. Menerusi lagu Lepaskan, Alhmdulillah, Kembalilah pula saya digandingkan bersama Juzzthin dan Pendusta Cinta digandingkan bersama W.A.R.I.S,” katanya.

Bersih tanpa gosip atau cerita negatif, Wani mengakui sikapnya yang berhati-hati dan kurang bergaul sesama artis dalam industri hiburan membuatkan dia tiada cerita panas.

“Bukan sombong atau tak nak bergaul, tetapi saya lebih selesa bersama ummi (panggilan ibu) walau ke mana saya pergi. Jika ummi tak ikut ke Kuala Lumpur, lepas habis kerja saya terus pulang ke Batu Pahat, Johor bagi menumpukan perhatian kepada restoran kami Beezer Box di sana,” katanya.

Kembali mengubati kerinduan peminat walaupun negara berada dalam norma baharu, Wani kini tampil dengan single baharu.

Mempertaruhkan lagu pop sentuhan moden berjudul Habibi, lagu terbabit adalah ciptaan dan lirik oleh DJ Fuzz, Aziquebeats dan W.A.R.I.S. Malah, lagu ini juga gandingan kedua Wani bersama W.A.R.I.S.

“Moga-moga selepas menonton muzik video Habibi nanti, tiada yang akan kecam saya. Bagi peluang saya keluar dari zon selesa. Kalau boleh pada masa akan datang saya nak cuba genre yang jauh lebih berbeza supaya saya dapat buktikan dan cabar kemampuan vokal saya,” katanya.

Dalam pada itu ,Wani turut berharap Lagu Habibi ini mendapat tontonan lebih tinggi berbanding muzik video Pendusta Cinta yang mencecah 26 juta tontonan

.

Berani mencuba | Harian Metro 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo