Infotainment

Berjaya Raih RM5 Juta, Ellie Suriati Kata Filem Mael Totey Tak Capai Standard

Berjaya Raih RM5 Juta, Ellie Suriati Kata Filem Mael Totey Tak Capai Standard 1

Berjaya Raih RM5 Juta, Ellie Suriati Kata Filem Mael Totey Tak Capai Standard 2

Meskipun filem Mael Totey hasil karya YouTuber terkenal, Syahmi Sazli berjaya meraih kutipan sebanyak RM5 juta, namun pengarah dan penerbit Ellie Suriati mengatakan ianya tidak mencapai standard filem sebenar.

Ujarnya lagi, industri tidak boleh meletakkan Mael Totey The Movie sebagai penanda aras untuk sesebuah karya kreatif. Katanya, filem tersebut masih belum mencapai tahap tekninal sesebuah penerbitan filem.

BACA: Ellie Suriati Desak Kerajaan Kenakan Lesen Pemilik Saluran YouTube

“Mael Totey ada follower yang ramai, berjuta… tetapi dalam industri kita ada banyak genre filem. Kita tidak boleh meletakkan Mael Totey itu sebagai benchmark untuk karya kreatif yang sempurna.

“Kalau kita nak sebut daripada teknikal sebagai pembikin filem, ia tidak mencapai tetapi oleh kerana ia popular dan mempunyai peminat tersendiri sudah tentu dia berjaya,” ujarnya kepada mStar.

Mael Totey merupakan sebuah filem bergenre komedi yang mengisahkan seorang pemuda lurus bendul bernama Mael yang berusaha mempelajari bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya.

Sehingga kini, MTTM telah memecahkan rekod apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM5 juta dalam tempoh 12 hari tayangan.



Berjaya Raih RM5 Juta, Ellie Suriati Kata Filem Mael Totey Tak Capai Standard 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo