Infotainment

‘Bermulalah Perjalanan Hidup & Tanggungjawab Baru’ – Nabila Huda Pengacara Baru Melodi

‘Bermulalah Perjalanan Hidup & Tanggungjawab Baru’ – Nabila Huda Pengacara Baru Melodi
'Bermulalah Perjalanan Hidup & Tanggungjawab Baru' – Nabila Huda Pengacara Baru Melodi 1

Kini Trending

‘Bermulalah Perjalanan Hidup & Tanggungjawab Baru’ – Nabila Huda Pengacara Baru Melodi

Terjawab sudah teka-teki pengacara baharu rancangan Melodi iaitu Nabila Huda yang mengantikan Awal Ashaari dan Janna Nick. Nabila Huda bagaimanapun, bersyukur dengan peluang yang diberikan oleh pihak produksi bagi dirinya mengacarakan program kontroversi nombor satu di Malaysia!

'Bermulalah Perjalanan Hidup & Tanggungjawab Baru' – Nabila Huda Pengacara Baru Melodi 4

Bermula hari ini secara rasminya, Nabila Huda telah mengendalikan program Melodi yang bersiaran setiap hari Ahad jam 12.00 tengah hari. Ujar Nabila, ini merupakan tanggungjawab baharu dan membuka peluang bagi dirinya mengembangkan bakat sebagai anak seni.

Nabila juga meminta peminat dan penonton menegur dirinya sekiranya terdapat kekurangan daripada gaya pengacaraan.

Bismillahirrahmanirrahim… 25 July 2021, Hari ini dalam sejarah Abil keluar dari comfort zone dalam kerjaya Abil. Bermulalah perjalanan hidup dan tanggungjawab baru untuk menyambung legasi program hiburan yang sensasi, penuh kontroversi No. 1 di Malaysia. It was an exceptional honor to be part of this team. Segala puji bagi Allah di atas rezeki yang dikurniakan kepadaku. Syukur Alhamdulillah! This is my debut as a solo host and I hope you guys bagi peluang untuk Abil explore my new journey.

Abil perlukan sokongan korang sebab since day one Abil dalam industry ni, you guys been supporting me, criticize me, loving me, hating me and nevertheless you guys are family to me. Apa kelainan yang Abil akan buat? Nothing much, I’m just being me, your most favourite person, Nabila Huda! Jujur cakap, I’m still new. Kalau ada kekurangan maafkan saya. Please don’t expect me to be better than others, but expect the unexpected. I might not be the best, but I’ll give you my very best. Let’s enjoy this new journey together Malaysia! Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi, berdiri di atas bakat sendiri. Assalamualaikum. Mic check! Saya NABILA HUDA. I’m signing in.

Terdahulu, bekas pengacara Melodi iaitu Awal Ashaari turut berkongsi rasa sedih apabila terpaksa meninggalkan rancangan tersebut. Malah, difahamkan dia diberitahu oleh pihak produksi bahawa pengacara baharu bakal menggantikan posisinya dua minggu sebelum dia meninggalkan Melodi.

Dua minggu yang cukup sugul, bagi saya. Ikutkan hati nak berdiam sahaja tapi memandangkan ramai yang dah bertanya, tak baik pula membiarkan peminat dan rakan-rakan media berteka teki. Pihak stesyen mengambil keputusan untuk menggantikan pengacara sedia ada dengan In-House Talent yang bernaung dibawah pengurusan Media Prima bermula Ogos 2021 sebagai mana kami diberitahu. Dua minggu? Tentunya satu keputusan yang sukar diterima di saat anak seni rata-rata berdepan dengan kekangan tidak boleh bekerja dan industri seni tidak dibenarkan beroperasi. Khidmat yang saya curahkan sepanjang 8 tahun bergelar pengacara Melodi seolah-olah terhenti begitu sahaja.

Sumber: Awal Ashaari, Nabila Huda


'Bermulalah Perjalanan Hidup & Tanggungjawab Baru' – Nabila Huda Pengacara Baru Melodi 6

The following two tabs change content below.


'Bermulalah Perjalanan Hidup & Tanggungjawab Baru' – Nabila Huda Pengacara Baru Melodi 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo