Artikel Terkini

BERNAS salur bantuan khas RM10 juta kepada pesawah secara berperingkat

BERNAS salur bantuan khas RM10 juta kepada pesawah secara berperingkat
BERNAS salur bantuan khas RM10 juta kepada pesawah secara berperingkat 1

KUALA LUMPUR – Padiberas Nasional Berhad (BERNAS)  menyalurkan bantuan khas berjumlah RM10 juta bagi tahun 2022 secara berperingkat.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) berkata, ia akan diberikan kepada tiga buah negeri di Pantai Timur terlebih dahulu iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Manakala pesawah di negeri-negeri lain akan menerima apabila baki bantuan khas BERNAS berjumlah RM50 juta disalurkan,” kata menterinya, Mohamad Sabu dalam satu kenyataan pagi ini.

Menurut beliau, pesawah di tiga buah negeri terbabit akan menerima bantuan khas ini selewat-lewatnya pada 16 Januari depan.

Tambahnya, MAFS dan agensi di bawahnya sedang memuktamadkan senarai nama dan nombor akaun pesawah di ketiga-tiga negeri bagi memastikan proses penyaluran berjalan lancar.

Untuk rekod, seramai 20,598 pesawah akan menerima manfaat daripada sumbangan BERNAS berjumlah RM250 bagi setiap pesawah.

Pada awal Disember lalu, BERNAS bersetuju dengan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya disediakan peruntukan sebanyak RM60 juta bagi membantu pesawah di seluruh negara.

Anwar sebelum ini Anwar ‘menegur” pemilik BERNAS, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary berhubung monopoli import beras oleh Bernas, dan syarikat itu akan membuat pembayaran kepada pesawah.

Ahli Parlimen Tambun itu turut dilaporkan berkata, Syed Mokhtar bersetuju memperuntukkan RM10 juta untuk tahun ini dan RM50 juta pada tahun hadapan kepada golongan pesawah miskin.

Syed Mokhtar memiliki 92 peratus saham BERNAS yang dibelinya daripada Datuk Seri Shahidan Kassim dan ahli perniagaan, Tan Boon Seng pada 2014. – MalaysiaGazette

BERNAS salur bantuan khas RM10 juta kepada pesawah secara berperingkat 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo