Berita

Berpantang maut sebelum ajal | Harian Metro

Berpantang maut sebelum ajal | Harian Metro 1

Berpantang maut sebelum ajal | Harian Metro 2

Cape Town: Tidak hanya terselamat daripada maut, malah seorang lelaki di bandar ini kembali bekerja seperti tiada apa yang berlaku hanya selepas tiga hari kepalanya cedera parah ditusuk pisau.

Daily Star melaporkan, Christopher Harker atau dikenali sebagai Haka, 38, menjadi tumpuan selepas kisahnya tular di laman sosial.

Mengimbas semula apa yang berlaku, Harker berkata, dia mengalami kecederaan di kepala selepas secara tiba-tiba diserang seorang lelaki tidak dikenali ketika berada di pusat beli-belah.

“Selepas diserang, saya mengejar lelaki itu sebelum tersedar ada sesuatu di kepala.

Rupa-rupanyanya, ia sebilah pisau yang tertusuk di bahagian kanan kepala.

“Mulanya, saya mahu mencabutnya sendiri tetapi dinasihatkan untuk menunggu ambulans tiba,” katanya.

Biarpun cedera parah, Harker dapat masuk sendiri ke dalam ambulans tanpa bantuan sesiapa.

“Ketika itu, saya sempat menghubungi keluarga memaklumkan mereka yang saya dalam perjalanan ke hospital.

“Sebaik tiba di hospital, orang ramai yang berada di situ melihat saya dengan wajah terkejut,” katanya.

Susulan insiden itu, Harker menerima empat jahitan di kepalanya.

Berpantang maut sebelum ajal | Harian Metro 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo