Artikel Terkini

Bersama sertai kempen Celcom #StayIn

Bersama sertai kempen Celcom #StayIn 1

Bersama sertai kempen Celcom #StayIn 2

Bersama sertai kempen Celcom #StayIn 3

KUALA LUMPUR: Tunjukkan semangat bersatu kita sebagai rakyat Malaysia dengan menyertai kempen Celcom #StayIn selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan ketika ini.

Kempen menerusi platform media sosial ini memerlukan pengguna menukar gambar profil yang memberi mesej #StayIn disediakan Celcom.

Celcom Axiata Bhd. (Celcom) berkata, kempen tersebut bertujuan untuk mengingatkan dan menggalakkan rakyat agar kekal tenang dan terus berada di rumah sepanjang tempoh PKP berlangsung.

“Langkah ini dilihat mampu menyampaikan pesanan dengan capaian yang lebih luas menerusi kuasa media sosial selain inisiatif melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), khidmat pesanan multimedia (MMS) dan tindak balas suara interaktif.

“Pengguna boleh menyertai kempen ini dengan menukar gambar profil mereka bersama kapsyen “We #StayIn As One, We Stay Safe,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Kempen yang bermula sejak 23 Mac lalu bermatlamat agar semua rakyat Malaysia kekal selamat dan terus mempraktikkan penjarakan sosial dalam usaha melandaikan lengkung penularan pandemik COVID-19.

Sementara itu, menerusi kempen #StayIn yang dijalankan ini, Pegawai Kesihatan Radiologi, Dr. Sylvester Chua turut mengambil peluang memberi semangat kepada semua kakitangan kesihatan di seluruh negara agar terus berjuang.

“Sempena Hari Kesihatan Sedunia, saya mengucapkan penghargaan kepada semua kakitangan kesihatan di seluruh negara. Kita berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk mengatasi perasaan takut dijangkiti, selain berurusan dengan pesakit yang tidak memberi kerjasama ketika prosedur saringan.

“Perkara yang paling sukar adalah berjauhan dengan orang yang tersayang, namun kita masih bernasib baik kerana tetap boleh berhubung dengan mereka. Justeru, saya menyeru orang ramai untuk terus kekal berada di rumah dan bersama-sama melawan pandemik ini,” katanya

Dalam pada itu, pengusaha perkhidmatan membaiki kasut dikenali sebagai Kelinik Kasot, Abdul Ghafur juga memberi nasihat untuk rakyat Malaysia supaya kekal berada di rumah dan terus berharap agar wabak ini berakhir.

“Sejak PTP dilaksanakan, saya menjalankan perniagaan di rumah dengan membawa pulang peralatan-peralatan membaiki kasut dan membuat tempahan secara online.

“Sekiranya anda berfikir untuk membuat sesuatu, rancang perkara itu dan lakukannya… ia pasti membuahkan hasil,” jelasnya.

Untuk turut bersama menjayakan kempen ini, orang ramai boleh memuat turun gambar #StayIn di http://stayin.com.my.



Bersama sertai kempen Celcom #StayIn 2

Source link