Artikel Terkini

Betul Ke Biskut Ni Tak Boleh Di Makan, Ini Jawab Balas Dari KKM

Betul Ke Biskut Ni Tak Boleh Di Makan, Ini Jawab Balas Dari KKM 1

Baru-baru ni gempar kenyataan dari Choice Magazine yang dipaparkan oleh Majlis Pengguna Hong Kong (The Hong Kong Consumer Coucil) berkaitan 60 jenama produk berasaskan tepung termasuk biskut yang dikilangkan di Malaysia tercemar dengan bahan Acrylamide dan Glycidol

Ramai lah mula gelabah dan boiket jenama yang terbabit. Antara jenama yang tersenarai adalah biskut Hup Seng, Jacobs dan Julie’s

Menurut International Agency for Research on Cancer (IARC), acrylamide dan glicidol merupakan bahan yang memberi risiko kepada kesihatan. Acrylamide adalah bahan pencemaran yang boleh terhasil semasa pemprosesan atau penyediaan makanan. Namun bahan pencemaran tersebut boleh dikawal melalui pemilihan bahan mentah dan proses yang bersesuaian.

Menurut KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) produk biskut di pasaran tempatan termasuk jenama terlibat, mendapati tahap purata acrylamide adalah 246 µg/kg (mikrogram per kilogram) iaitu di bawah paras (benchmark level) yang ditetapkan oleh European Union (EU) Commission Regulation iaitu350 µg/kg.

BKKM turut menjalankan penilaian risiko ke atas acrylamide dan glycidol dalam makanan dan ia menunjukkan risiko kesihatan terhadap acrylamide dan glycidol melalui pengambilan biskut adalah rendah.

Tambahan menurut pengasas atau admin group Facebook Makmal Makanan (MAMA) Dr. Fatimah Salim, bahan tersebut bukan sahaja terdapat pada biskut yang tersenarai malah makanan harian lain seperti kuih, cekodok, kerepek, roti dan sebagainya.

Baca juga: (VIDEO) Ramai Tak Tahu Periuk Non-Stick Antara Punca Penyakit Barah, Ini Sebabnya

Bahan utama roti/ biskut iaitu kanji akan bertindak balas pada suhu memasak yang tinggi itu sendiri akan menghasilkan bahan kimia contoh acrylamide ini. Kajian menunjukkan semakin gelap warna roti dimasak, semakin tinggi kandungan bahan kimia punca kanser ini.Betul Ke Biskut Ni Tak Boleh Di Makan, Ini Jawab Balas Dari KKM 2

Nak elak makan sepenuhnya, mustahil. Mereka mudah terbentuk dalam makanan harian kita yang dimasak terutamanya menggoreng dan memanggang. Boleh kurangkan dengan mengolah cara memasak kepada merebus atau mengukus. Namun tidaklah semudah itu berlakunya kanser. Banyak lagi faktor lain yang perlu dipertimbangkan.

Maka, bersederhana lah dalam pengambilan. Pelbagaikan makanan dan pastikan sentiasa ada sayuran hijau dalam diet yang mengandungi pelbagai fitokimia yang boleh ‘meneutralkan’ kesan hangusan makanan atau apa-apa juga bahan kimia kasinogen terdapat dalam makanan harian kita.

Betul Ke Biskut Ni Tak Boleh Di Makan, Ini Jawab Balas Dari KKM 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo