Artikel Terkini

Betul Ke Kipas dalam Bilik Tak Sesuai Menurut Feng Shui

Betul Ke Kipas dalam Bilik Tak Sesuai Menurut Feng Shui
Betul Ke Kipas dalam Bilik Tak Sesuai Menurut Feng Shui 1

Mejoriti kediaman mempunyai kipas siling. Walaupun dah ada aircond, tetap perlu ada kipas angin. Kerana sirkulasi udara kipas angin lebih lancar jika dibandingkan air-cond.

Tapi sesuai ke kipas angin diletakkan di dalam bilik? Menurut Feng Shui Beginner, terdapat dua pendapat dan ia bergantung kepada situasi. Walaupun ia berdasarkan Feng Shui yang dipercayai oleh masyarakat cina, ia sebenarnya banyak berkisar kepada kepraktisan kehidupan. Oleh sebab itu, adakalanya ia perlu diambil berat.


Nak buang habuk pada kipas tapi macam leceh je, nak guna tangga. Lepas tu, habuk dari kipas berterbangan lepas lap. Tak perlu risau, Guna je duster ni. Batang pemegang boleh dilaraskan panjang dan habuk melekat terus pada bulu duster. Tak mahal pun Rm 10 je. Klik link ni nak beli https://invol.co/cl8ieyyBetul Ke Kipas dalam Bilik Tak Sesuai Menurut Feng Shui 2


KENAPA KIPAS SILING SESUAI DALAM BILIK TIDUR MENURUT FENG SHUI?

Ada beberapa alasan berkaitan dengan soalan ini. Pertama, memiliki kipas siling di dalam bilik tidur membuatkan sirkulasi udara lebih lancar. Secara tidak langsung ia dapat memastikan udara di dalam bilik sentiasa segar terutamanya apabila terdapat sumber udara keluar dan masuk dari bilik.

Alasan ke-2, putaran kipas dapat memastikan aliran udara seimbang seperti tenaga “Chi”. Pendapat lain nya pula, penggunaan kipas siling lebih jimat ruang jika dibandingkan kipas lantai.

Baca juga: Rumah Tetap Sejuk Dengan Kipas Tanpa Menggunakan Air-Cond!

KENAPA KIPAS SILING TIDAK SESUAI DALAM BILIK TIDUR MENURUT FENG SHUI?

Menurut pandangan Feng Shui, kipas siling tidak sesuai di dalam bilik jika dipasang selari dan tepat di atas kepala atau katil tempat beradu. Ia akan menyebabkan orang yang tidur dibawahnya berasa stress dan keteganggan. Lebih-lebih lagi bagi anda yang mempunyai siling rendah.

Tambahan, ia terkait kepada keselamatan terutamanya yang mempunyai katil dua tingkat dan siling rendah. Ia lebih mengudang perasaan tertekan dan kurang aman dalam ruang tersebut.

RUMUSAN

Secara logiknya, bukan sahaja berdasarkan Feng Shui. Praktikalnya pun memang tak sesuai untuk pasang kipas pada siling yang rendah. Sebagai pilihan, boleh lah guna kipas dinding atau pasang kipas jauh dari katil.

Kipas selari dengan tempat tidur pula kurang sesuai sebab di khuatiri habuk dari kipas jatuh. Jatuh je tak apa lagi, kalau kita sedut, kan dah undang masalah lain. Hal ini tidak sesuai buat mereka yang ada masalah pernafasan.

Betul Ke Kipas dalam Bilik Tak Sesuai Menurut Feng Shui 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo