Infotainment

Biarpun Hamil Enam Bulan, Ernie Zakri Tekad Beri Persembahahan Terbaik

Biarpun Hamil Enam Bulan, Ernie Zakri Tekad Beri Persembahahan Terbaik 1

Penyanyi Ernie Zakri yang kini hamil enam bulan mengharapkan agar persembahannya berjalan lancar pada Konsert Patriotik Tanah Airku di Istana Budaya malam ini.

Biarpun Hamil Enam Bulan, Ernie Zakri Tekad Beri Persembahahan Terbaik 2

Menurut Ernie, dia mengakui cara persembahannya agak berbeza daripada kebiasaan selepas menjalani proses latihan selama tiga hari tetapi dia tetap akan mencuba lakukan yang terbaik.

Selama tiga hari menjalani latihan, saya sentiasa berjaga-jaga kerana mudah berasa penat walaupun turutan saya menyanyi sudah disusun cantik.

Isteri kepada penyanyi Syamel itu juga memaklumkan yang dia tidaklah rasa teruk atau tidak boleh menyanyi langsung.

Tambah Ernie lagi, dia memerlukan rehat yang cukup memandangkan sudah berbadan dua dan dia amat beruntung kerana pihak produksi memberikan layanan yang terbaik kepadanya.

Pihak produksi juga turut memberikan Ernie kelonggaran seperti tidak berada terlalu lama ketika proses latihan berlangsung.

Ernie Zakri

Saya juga bersyukur selama tiga hari proses latihan, aspek pemakanan juga dijaga rapi.

Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri turut memberitahu yang dia sejujurnya sudah tidak sabar untuk bertemu peminat selepas sekian lama tidak kembali bekerja.

Sekadar info, Konsert Patriotik Tanah Airku tersebut turut menampilkan persembahan daripada Syamel, Aina Abdul dan Fitri Hiswandy.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.


Biarpun Hamil Enam Bulan, Ernie Zakri Tekad Beri Persembahahan Terbaik 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo