Infotainment

Bina Surau Dalam Rumah Sempena Ramadan, Siti Nurhaliza Kongsi Dekorasi Indah Bersama Peminat

Bina Surau Dalam Rumah Sempena Ramadan, Siti Nurhaliza Kongsi Dekorasi Indah Bersama Peminat 2

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini ada meluahkan rasa gembira dan syukur apabila sebuah surau mini telah siap dibina dalam kediamannya sempena menyambut bulan ramadan.

Perkara tersebut dikongsi Siti menerusi sebuah hantaran di laman Instagram khas untuk tatapan peminat dan pengikut media sosialnya.

Dalam entri tersebut, Siti yang mesra disapa sebagai Tok Ti telah menunjukkan beberapa keping foto dekorasi indah surau tersebut kepada peminatnya.

“Alhamdullilah, semuanya siap untuk menyambut Ramadan nanti. Terima kasih buat @lenteracrestivehome dan @boss7group yang bergabung untuk siapkan surau di rumah saya. Semoga Allah limpahkan rezeki buat kalian. Hasil kerja yang teliti dan memuaskan hati.”


Dalam pada itu, Siti juga sempat berkongsikan mengenai kebaikan membina sebuah surau tidak kiralah besar atau kecil namun yang pastinya akan diberikan ganjaran besar oleh Allah S.W.T.

“Al-Hafiz Ibn Hajr al-Asqalani dalam kitabnya menyebut ganjaran membina masjid itu akan diterima oleh pembuatnya sekalipun ia sangat kecil..” tulis Siti dalam hantarannya itu.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat tampil memuji keindahan surau yang dibina khas untuk kegunaan penghuni rumah tersebut.

Malah, ada juga yang menyimpan azam dan impian untuk melakukan perkara yang sama seperti yang dilaksanakan penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu ini nanti jika diberikan peluang dan rezeki yang banyak, kelak.



Bina Surau Dalam Rumah Sempena Ramadan, Siti Nurhaliza Kongsi Dekorasi Indah Bersama Peminat 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo