Berita

Bintang Hero Remaja 2017, 2020 jadi pilihan A Aida sebagai pelakon

Bintang Hero Remaja 2017, 2020 jadi pilihan A Aida sebagai pelakon 2

 

Kuala Lumpur: Penerbit A Aida Production, Datuk A Aida memberi peluang kepada beberapa bintang kelahiran Hero Remaja 2017 dan 2020 menerusi drama terbaharu terbitannya, Ustazah Biker yang kini dalam penggambaran.

Antara bakat muda yang terpilih membintangi drama arahan Lizam Togil itu ialah Alif Muhaimin dari Hero Remaja 2017 manakala Azim Yusof, Haziq Nazimuddin dan Umar Hisham pula dari Hero Remaja 2020. 

A Aida berkata, kesemua bintang muda itu  sudah melalui uji bakat yang dijalankan sekali gus ditawarkan peranan bersesuaian dengan pengalaman mereka. 

“Rata-rata yang terpilih masih lagi ‘hijau’ dalam selok-belok dunia lakonan. Namun, saya ingin beri mereka peluang untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini. 

“Walaupun bakat mereka masih baharu, tapi masing-masing mempunyai pakej yang lengkap sebagai pelakon. Saya enggan menyekat minat  dan tidak mahu mereka dilupakan selepas program terbabit tamat. 

“Siapa tahu drama ini membuka jalan yang lebih luas buat mereka untuk terus terbang lebih jauh dalam bidang lakonan,” katanya. 

Menurut A Aida, dia mengakui industri seni perlukan pelapis muda kerana kebanyakan pelakon lelaki dan wanita yang sedia ada sudah berkahwin. 

“Industri seni perlukan bakat baharu yang lebih muda untuk menghiasi kaca TV. Ditambah, kalau dilihat kebanyakan stesen televisyen menggunakan wajah pelakon yang sama. 

“Malah rata-rata pelakon utama yang ada sekarang sudah berkahwin dan mempunyai pendirian tertentu seperti tidak mahu melakukan beberapa adegan yang patut  dilakukan dalam drama,” katanya memaklumkan drama Ustazah Biker bakal menemui penonton tahun ini di saluran Salam HD. 

 

Bintang Hero Remaja 2017, 2020 jadi pilihan A Aida sebagai pelakon 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo