Artikel Terkini

Bitcoin Pada Waktu Covid-19 – Majalah Labur

Bitcoin Pada Waktu Covid-19 - Majalah Labur 1

Bitcoin Pada Waktu Covid-19 - Majalah Labur 2

Sejak akhir bulan Februari, pasaran saham di seluruh dunia menyaksikan permulaan yang kini menjadi situasi berterusan disebabkan oleh ketidakpastian yang berpunca daripada Covid-19.

Bitcoin (BTC), secara tradisinya dianggap sebagai ‘aset selamat’ sewaktu turun naik pasaran saham, kekal stabil, tetapi pada 12 Mac ia ditutup di bawah $5,000 – paras terendah sejak April 2019.

Apabila situasi kembali tenang, BTC telah mengalami penurunan harga peratusan ketiga terbesar dalam sejarahnya dan korelasi tertinggi dengan pasaran saham. Meskipun nilai BTC menurun, pengurangan itu pada kadar yang lebih rendah berbanding dengan aset lain. Dan perlu diingat bahawa penurunan itu datang pada masa apabila beberapa pengunduran dijangka
dibuat selepas BTC mencapai paras $10,000.

BTC Sebagai Aset Selamat (Safe Haven)

Korelasi tinggi BTC dengan pasaran saham adalah satu kejutan kepada orang ramai. Ada yang cepat beranggapan BTC sebagai aset selamat, sementara yang lain menekankan ketidak-seimbangan keperluan kecairan (liquidity) yang diperlukan oleh pelabur untuk menampung kedudukan margin mereka sebagai bukti bahawa tiada aset cair yang selamat.

Jika kita tengok pada emas – sering ia dilihat sebagai analogi baik untuk BTC – dan bagaimana pergerakannya semasa pasaran saham jatuh, harga emas biasanya menurun pada mulanya apabila pedagang menjual untuk menampung kedudukan margin lain. Kemudiannya dapat dilihat kenaikan harga secara beransur-ansur apabila pelabur kembali membeli. Pada akhir bulan Februari, kita menyaksikan kemerosotan emas pada kadar paling rendah dalam tempoh enam tahun, ia kemudiannya stabil dan meningkat. Goldman Sachs mengisytiharkan emas sebagai “kebal” kepada Covid-19.

Kami menjangkakan untuk melihat trend yang sama daripada BTC, namun kami memerlukan beberapa bulan untuk melihat jika mata wang kriptoakan berkelakuan seperti emas semasa krisis. Ia bukanlah idea yang bagus untuk membuat kenyataan secara yakin di tengah-tengah panik global. Kami akan mempunyai gambaran yang lebih jelas dalam jangka masa 4-6 bulan.

Tindak Balas BTC Sejak 12 Mac

Sejak 12 Mac, pergerakan harga BTC menjadi positif, mencapai setinggi $6,700 pada masa penulisan. Jumlah dagangan telah mencapai tahap tertinggi sejak paras puncak 2019 kerana volatiliti telah merosot. Sentimen pasaran kekal rendah, memberi isyarat bahawa pelabur masih tidak begitu yakin dengan prospek BTC.

Pengumuman Rizab Persekutuan mengenai langkah-langkah yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk meningkatkan ekonomi Amerika Syarikat telah meningkatkan keyakinan kepada pelabur. Walaupun pasaran saham menerima berita itu dengan baik pada mulanya, sentimen keseluruhannya bagaimanapun masih lemah. Mana-mana peningkatan pasaran saham berkemungkinan bersifat sementara.

Persoalan buat BTC ialah sama ada ia akan merosot dari pasaran saham dan meneruskan trend menaik atau mencerminkan pergerakan aset lain.

Masa depan BTC?

Kami melihat tiga senario yang berpotensi terjadi:

Dalam senario yang paling teruk, kadar pengambilan BTC akan terjejas sedikit, yang mana akan memberi kesan negatif kepada harga BTC dalam jangka masa pendek dan sederhana. Walau bagaimanapun, ini tidak akan memberi masalah dalam jangka masa yang panjang. BTC akan pulih daripada sebarang kehilangan yang dialami pada 12 Mac. Sementara itu, kita semua akan memberi tumpuan kepada Libra dan transaksi transaksi mata wang kripto yang lain.

Senario pertengahan adalah pelabur akan kembali beralih ke BTC untuk memanfaatkan penurunan harga. Ini boleh membawa kepada kadar pertumbuhan yang mirip dengan kenaikan yang berlaku pada 2017, apabila sentimen pasaran mencapai tahap tertinggi sepanjang masa.

Senario terbaik ialah orang ramai mengiktiraf BTC sebagai aset selamat dengan pulangan yang lebih baik daripada aset tradisional seperti saham. Jika ini berlaku, BTC akan menjadi satu daripada kelas aset terbesar di dunia dalam masa beberapa bulan sahaja.

Ketidakpastian yang tercetus oleh Covid-19 menyediakan BTC dengan ujian pertama yang sebenar. Prestasi BTC di masa yang dipenuhi oleh turun naik yang ekstrem ini akan membuktikan nilainya sebagai kelas aset yang benar-benar global. Di Luno, kami yakin dengan peranan BTC dalam menaik taraf dunia kepada sistem kewangan yang lebih baik.

Mengenai Luno

Luno merupakan syarikat mata wang kripto terkemuka global yang mempunyai misi untuk menaik taraf dunia kepada sistem kewangan yang lebih baik. Mempunyai pekerja lebih daripada 370 orang dan kini mempunyai ibu pejabatnya di London dengan hab serantau di Singapura dan Cape Town.

Dengan lebih daripada 2.5 juta pelanggan (e-wallet) yang merangkumi lebih dari 40 buah negara, perkhidmatan Luno menjadikannya platform selamat dan mudah untuk membeli, menjual, menyimpan dan belajar tentang mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum.

Bitcoin Pada Waktu Covid-19 - Majalah Labur 3

Bitcoin Pada Waktu Covid-19 - Majalah Labur 2

Source link