Berita

BMW terajui segmen automotif premium

BMW terajui segmen automotif premium 2

Kuala Lumpur: BMW Group Malaysia menerajui segmen automotif premium di Malaysia, susulan kejayaannya melakar angka yang cemerlang dan memecah rekod dalam skor kepuasan pelanggan pada 2020.

Dalam kenyataan hari ini, pengeluar kenderaan premium itu berkata, ia mampu mengatasi cabaran dengan memperkenalkan 25 varian model yang meliputi tiga jenama utamanya – BMW, MINI dan BMW Motorrad – empat daripada varian tersebut merupakan kenderaan elektrik (EV).

“Kumpulan telah menyerahkan 11,016 unit kenderaan daripada portfolio BMW, MINI dan BMW Motorrad pada 2020 dan 87 peratus daripadanya dipasang dalam negara – mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam segmen automotif premium di Malaysia dengan lebih 52 peratus dalam segmen tersebut,” katanya.

Katanya kejayaan di Malaysia turut mencerminkan kejayaan BMW Group di persada antarabangsa, yang menyerahkan lebih 2,300,000 unit kenderaan di seluruh dunia, dan 190,000 daripadanya adalah EV oleh jenama BMW dan MINI – mencatatkan peningkatan lebih 30 peratus dalam penyerahan EV berbanding tahun sebelumnya.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, kejayaan ini tidak dapat dicapai tanpa sokongan pelanggan, rangkaian pengedar dan kerajaan Malaysia yang telah membantu industri automotif negara melalui dasar pengecualian cukai jualan.

Beliau berkata kumpulan turut mencatatkan pencapaian yang terbaik dalam Net Promoter Scoring bagi kepuasan pelanggan, iaitu lebih 90 peratus pengguna memberi maklum balas positif mengenai pengalaman mereka melibatkan jenama BMW dan MINI pada 2020.

Jenama BMW mencatatkan 8,903 pemilik baharu di Malaysia pada tahun lalu, sekali gus mendahului keseluruhan segmen premium di Malaysia dengan lebih 47 peratus, diterajui oleh portfolio BMW 3 Series dengan penyerahan lebih 2,500 unit; diikuti BMW 5 Series dengan penyerahan lebih 1,600 unit.

Model BMW X Family mencatatkan penyerahan berjumlah lebih 39 peratus, iaitu lebih 3,200 unit kenderaan dalam portfolio tersebut pada 2020.

Sementara itu, MINI Malaysia mencatatkan penyerahan sebanyak 987 unit kenderaan pada tahun lepas, BMW Motorrad Malaysia (1,126 unit) manakala kenderaan elektrik BMW dan MINI (2,200 unit).

“Buat julung kalinya, kami ingin mengumumkan bahawa seluruh bilangan kenderaan yang berjaya diserahkan telah ditunjangi oleh barisan kenderaan jenama BMW dan MINI yang dipasang dalam negara – melebihi 87 peratus daripada jumlah penyerahan tersebut,” kata Hoelzl.

Kejayaan kumpulan turut menjadi acuan kepada BMW Group Financial Services Malaysia, yang berjaya membiayai lebih 42 peratus kenderaan BMW, 45 peratus kenderaan MINI dan 60 peratus motosikal BMW Motorrad yang telah diserahkan pada tahun lalu.

Hoelzl berkata, kumpulan berharap landskap automotif Malaysia pulih pada tahun ini, selain memastikan normal baharu dipatuhi mengikut standard yang terbaik.

BMW terajui segmen automotif premium 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo