Artikel Terkini

BN bakal terlibat dalam Kerajaan Perpaduan, tapi bukan diterajui PN

BN bakal terlibat dalam Kerajaan Perpaduan, tapi bukan diterajui PN
BN bakal terlibat dalam Kerajaan Perpaduan, tapi bukan diterajui PN 1

KUALA LUMPUR – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO secara sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Barisan Nasional (BN) menyokong dan mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan.

Namun begitu, jelas Setiausaha Agongnya, Datuk Seri Ahmad Maslan, Kerajaan Perpaduan yang bakal dibentuk itu bukan diterajui oleh Perikatan Nasional (PN)bagi memastikan sebuah Kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk.

Katanya, MKT juga bersetuju semua wakil-wakil parti yang memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15, mematuhi dan menerima sebarang bentuk Kerajaan Perpaduan atau lain-lain bentuk Kerajaan yang bakal dimasyhurkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“MKT mengambil maklum dan memperhalusi segala butiran kedua-dua perbincangan yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Perundingan (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) dan PN.

“MKT memperkukuhkan sokongan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, untuk terus kekal menerajui sebagai Pengerusi BN dan sebulat suara menyokong beliau sebagai Presiden UMNO Malaysia,” jelasnya.

Dalam pada itu, dimaklumkan juga bahawa Perhimpunan Agung UMNO untuk tahun 2022 ini ialah pada 21-24 Disember nanti. – KOSMO! ONLINE.


BN bakal terlibat dalam Kerajaan Perpaduan, tapi bukan diterajui PN 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo