Berita

BNM sedia dana tambahan untuk PKS

BNM sedia dana tambahan untuk PKS 1

BNM sedia dana tambahan untuk PKS 2

BANK Negara Malaysia (BNM) akan menyediakan kemudahan pembiayaan tambahan khusus bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk bangkit dan meneruskan operasi yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

BNM dalam kenyataan hari ini berkata, ia adalah sebahagian daripada usaha berterusan oleh industri kewangan untuk membantu memulihkan ekonomi, di samping memelihara kesejahteraan sumber pendapatan rakyat Malaysia.

“BNM menyedari bahawa situasi masih mencabar bagi sesetengah peminjam. Oleh itu, untuk membantu individu dan perniagaan yang pendapatan mereka terjejas akibat pandemik, BNM menyediakan beberapa kemudahan tambahan,” katanya.

Untuk PKS, BNM akan menyediakan kemudahan pembiayaan tambahan bagi memberikan bantuan dan menyokong pemulihan PKS:

“Sebanyak RM2 bilion disediakan untuk Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF) untuk PKS yang terjejas akibat perintah kawalan pergerakan diperketat dan bersyarat baru-baru ini.

“Selain itu, PKS dalam sektor yang terjejas disasar, seperti subsektor perkhidmatan persendirian, perkhidmatan makanan dan minuman, kesihatan manusia, dan kerja sosial serta seni, hiburan dan rekreasi,

juga layak memohon untuk TRRF,” katanya.

Katanya, TRRF akan disediakan melalui institusi kewangan peserta pada kadar konsesi sehingga 3.5 peratus, dengan perlindungan jaminan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) dan Credit Guarantee

Corporation (CGC).

Kemudahan ini dijangka dibuka untuk permohonan mulai 1 Disember 2020.

Selain itu, BNM berkata, sebanyak RM500 juta disediakan untuk Kemudahan Teknologi Tinggi (HTF) untuk membantu PKS dalam sektor teknologi tinggi, contohnya subsektor baja dan getah sintetik, bahan kimia asas, produk petroleum bertapis, farmaseutikal bioteknologi, serta penerbangan dan angkasa lepas.

“Memandangkan pentingnya sektor teknologi tinggi dan firma pemacu inovasi dalam merealisasikan peluang pertumbuhan baharu, HTF menyasarkan untuk mengekalkan kedudukan kompetitif Malaysia dalam rantaian nilai

global dan melindungi pekerjaan berkemahiran tinggi.

“Butiran lanjut mengenai HTF juga akan diumumkan pada 1 Disember nanti,” katanya.

Bank pusat berkata, belanjawan kali ini turut memperuntukkan sebanyak RM110 juta bagi Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF).

“Kemudahan ini akan dinaikkan nilainya daripada RM300 juta kepada RM410 juta dengan baki peruntukan yang tersedia sebanyak RM200 juta untuk menyokong perusahaan mikro termasuk pekerja gig yang menggunakan platform digital dan pekerja yang bekerja sendiri.

“Kemudahan ini adalah untuk modal kerja dan perbelanjaan modal,” katanya.

BNM sedia dana tambahan untuk PKS 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo