Artikel Terkini

Boeing kurangkan 10 peratus tenaga kerja

Boeing kurangkan 10 peratus tenaga kerja 1

Boeing kurangkan 10 peratus tenaga kerja 2

Boeing kurangkan 10 peratus tenaga kerja 3

WASHINGTON: Boeing akan mengurangkan tenaga kerjanya kira-kira 10 peratus berikutan ekonomi yang merudum disebabkan penularan wabak COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Dave Calhoun berkata pihak syarikat terpaksa mengambil langkah itu disebabkan pengurangan pengeluaran dan kesan berterusan COVID-19, lapor agensi berita Anadolu pada Rabu.

“Kami telah mula mengurangkan jumlah pekerja kira-kira 10 peratus¬† termasuk melalui pemberhentian secara sukarela,” kata Calhoun dalam mesej videonya kepada kakitangan syarikat.

Boeing, syarikat aeroangkasa terbesar di Amerika Syarikat (AS), mengupah hampir 160,000 pekerja di seluruh dunia.

Sejak wabak mula melanda, 26 juta rakyat Amerika hilang pekerjaan dan pengurangan tenaga kerja oleh Boeing boleh memberi tekanan kepada ekonomi.

Ekonomi AS juga menyusut 4.8 peratus pada suku pertama dari Januari hingga Mac, penurunan terbesar sejak kemelesetan.

Sehingga Rabu, lebih sejuta orang di AS dijangkiti COVID-19 dan hampir 60,000 maut, menurut Johns Hopkins University.

— BERNAMA



Boeing kurangkan 10 peratus tenaga kerja 2

Source link