Infotainment

Bot Bantuan Dinaiki Ardell Aryana Diserbu Penduduk Sabah Undang Sebak

Bot Bantuan Dinaiki Ardell Aryana Diserbu Penduduk Sabah Undang Sebak 1

Bot Bantuan Dinaiki Ardell Aryana Diserbu Penduduk Sabah Undang Sebak 2

Beberapa hari lalu dilaporkan terbang ke Sabah untuk menyertai misi bantuan buat penduduk di kawasan pendalaman di negeri itu, perkongsian terbaru pelakon Ardell Aryana menjadi perhatian netizen.

Meskipun perlu meninggalkan suami dan anak serta berdapan risiko lebih-lebih lagi kes COVID-19 sangat membimbangkan di sana, namun Ardell tetap positif untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.

BACA: Sertai Misi Bantuan Di Sabah, Ardell Aryana Menangis Tinggal Suami & Anak

Perkongsian Ardell itu juga turut tular di laman Twitter apabila rata-rata netizen sebak melihat apabila penduduk melihat kawasan tersebut menyerbu golongan aktivis dengan menaiki bot-bot kecil untuk mengambil bantuan yang ingin disalurkan.

Video itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan terima kasih kepada Ardell serta pasukan bantuan yang bertungkus lumus untuk membantu mereka yang terjejas di sana.

Bot Bantuan Dinaiki Ardell Aryana Diserbu Penduduk Sabah Undang Sebak 3

Dalam pada itu, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Ardell turut menzahirkan ucapan terima kasih buat rakan artis serta orang ramai untuk menyumbang untuk bantuan yang diagihkan kepada penduduk di sana.



Bot Bantuan Dinaiki Ardell Aryana Diserbu Penduduk Sabah Undang Sebak 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo