Artikel Terkini

British Airways henti perkhidmatan Boeing 747

British Airways henti perkhidmatan Boeing 747 1

British Airways henti perkhidmatan Boeing 747 2

British Airways henti perkhidmatan Boeing 747 3

BRITISH Airways (BA), pengendali terbesar Boeing 747 di dunia, memaklumkan pada Khamis bahawa ia akan menghentikan perkhidmatan pesawat itu dengan segera susulan kemerosotan industri pelancongan akibat COVID-19.

Had perjalanan antarabangsa yang dilaksanakan banyak negara untuk membendung penyebaran virus berkenaan memberi kesan besar kepada syarikat penerbangan.

BA, yang dimiliki oleh International Consolidated Airlines Group (ICAG.L), juga memaklumkan pihak mereka akan menambah lebih banyak penerbangan pesawat moden dan cekap bahan api seperti A350s dan 787s, di samping mengharapkan pesawat tersebut dapat membantu mereka mencapai tahap sifar pelepasan karbon menjelang 2050.

The Sun bulan lalu melaporkan BA telah mencapai kesepakatan dengan 350 juruterbangnya, manakala 300 lagi berada dalam kumpulan ‘sedia untuk ditempatkan semula’.

Sebilangan besar juruterbang dalam kumpulan ini merupakan first officer bagi Boeing 747.

Pesawat itu baru sahaja menyambut ulang tahun ke 50 pada bulan Februari tahun lalu.



British Airways henti perkhidmatan Boeing 747 2

Source link