Berita

BTS Bintang Pop Terhebat 2020

BTS Bintang Pop Terhebat 2020 2

Los Angeles: Billboard menamakan Kumpulan BTS sebagai Bintang Pop Terhebat 2020 sekali gus menyertai artis legenda termasuk mendiang Michael Jackson dan Madonna dalam senarai ikonik itu.

Gelaran Bintang Pop Terhebat adalah tradisi Billboard berdekad lamanya untuk menobatkan artis yang paling menyinar sepanjang tahun. 

Ia dimulakan sejak 1981 dan selain Jackson serta Madonna, antara nama yang memenanginya termasuk Whitney Houston, Mariah Carey, Nirvana, Backstreet Boys, Britney Spears, Kanye West, Eminem, Beyoncé, Justin Timberlake, Rihanna, Lady Gaga, Adele, Taylor Swift, Justin Bieber, Ed Sheeran, Drake, dan Ariana Grande.

Pembantu Pengarang Eksekutif Billboard, Nazareno berkata, adalah mustahil untuk mereka menidakkan pencapaian BTS yang berjaya meledak seiring nama besar penyanyi Barat lain.

“Memandangkan karya bukan inggeris selalunya ditolak ke kategori luar negara, tahap pengiktirafan sebegini kepada kumpulan Korea daripada media Barat adalah sangat besar.

“BTS membuatkan warga Amerika Syarikat (AS) sukar menafikan kelayakan mereka dalam industri muzik arus perdana. Dan sekarang mereka sudah didengari, agak memedihkan apabila banyak lagu pop klasik yang kita terlepas gara-gara kekangan bahasa selama ini,” katanya.

Untuk BTS, Billboard menyorotkan pencapaian bersejarah kumpulan itu sepanjang tahun 2020. Ia termasuk BTS menjadi artis Korea pertama dicalonkan di Grammy Awards, mendapat nombor satu dalam carta Hot 100 Billboard, lagu Korea pertama nombor satu dalam Hot 100 menerusi Life Goes On.

Dalam pada itu, BTS terus menarik perhatian ramai selepas diumumkan antara penghibur yang bakal membuat persembahan di Grammy Awards tahun ini pada 15 Mac nanti.

BTS Bintang Pop Terhebat 2020 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo