Infotainment

Budak 12 Tahun Maut Didera, Dipakaikan Kolar Anjing Elektrik & Dipercayai Kelaparan Hingga Makan Rambut Sendiri

Budak 12 Tahun Maut Didera, Dipakaikan Kolar Anjing Elektrik & Dipercayai Kelaparan Hingga Makan Rambut Sendiri
Budak 12 Tahun Maut Didera, Dipakaikan Kolar Anjing Elektrik & Dipercayai Kelaparan Hingga Makan Rambut Sendiri 1

Kini Trending

Budak 12 Tahun Maut Didera, Dipakaikan Kolar Anjing Elektrik & Dipercayai Kelaparan Hingga Makan Rambut Sendiri 2

Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 12 tahun dipercayai maut selepas didera serta dibiarkan kelaparan oleh ibu tiri dan bapa kandungnya di Indiana, Amerika Syarikat.

Budak 12 Tahun Maut Didera, Dipakaikan Kolar Anjing Elektrik & Dipercayai Kelaparan Hingga Makan Rambut Sendiri 4

Mangsa yang dikenali sebagai Eduardo Posso dikatakan telah diikat dan dipakaikan kolar anjing elektrik serta direnjat dengan kolar berkenaan. Lebih kejam lagi apabila mangsa dibiarkan kelaparan sehingga dia terpaksa memakan rambutnya sendiri.

Mangsa dipercayai telah ditinggalkan sendirian oleh ibu tiri serta bapa kandungnya selama beberapa minggu di dalam tandas sebuah penginapan di Indiana.

Susulan daripada itu, ibu tirinya, Dayana Medina Flores bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 65 tahun selepas mengaku bersalah atas pembunuhan yang mengerikan itu manakala bapa kandung mangsa, Luis Eduardo Posso didakwa turut bersubahat kerana membiarkan mangsa di dalam tandas berkenaan.

Hasil bedah siasat mendapati terdapat rambut di dalam badan mangsa dan menunjukkan bahawa kanak-kanak lelaki berkenaan begitu lapar sehingga sanggup memakan rambutnya sendiri.

Budak 12 Tahun Maut Didera, Dipakaikan Kolar Anjing Elektrik & Dipercayai Kelaparan Hingga Makan Rambut Sendiri 6

Menurut pihak polis, mayat Eduardo menunjukkan banyak kesan penderaan dan berat badan mangsa hanya sekitar 22.67 sehingga 24.94 kilogram sahaja. Siasatan awal ke atas telefon milik kedua-dua suspek mendapati terdapat video mangsa diikat di dalam sebuah tab mandi.

Pihak polis juga turut menemui rantai, kolar anjing elektrik yang dipercayai digunakan untuk mendera mangsa. Pasangan berkenaan yang bekerja sebagai pengedar poster itu dikatakan telah tinggal bersama tiga anak yang lain dan dijaganya dengan baik.

Saya tak dapat memikirkan, dalam 30 tahun, kes seperti ini menjangkaui apa yang pernah saya hadapi sepanjang bekerja sebagai polis.

Cuba bayangkan ketakutan mereka tinggal bersama adik beradik yang diikat dan tak diberikan makanan juga? Itulah kehidupan normal bagi mereka.

Walau bagaimanapun, kesemua anak-anak suspek telah dihantar ke pusat penjagaan. Luis Eduardo didakwa atas pertuduhan mengabaikan anaknya sehingga menyebabkan kematian dan kini dia berhadapan dengan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol.

Sumber : Daily Star


Budak 12 Tahun Maut Didera, Dipakaikan Kolar Anjing Elektrik & Dipercayai Kelaparan Hingga Makan Rambut Sendiri 8

The following two tabs change content below.


Budak 12 Tahun Maut Didera, Dipakaikan Kolar Anjing Elektrik & Dipercayai Kelaparan Hingga Makan Rambut Sendiri 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo