Infotainment

Budak Tebing 2, Demon Slayer & Banyak Lagi Drama Menarik Di iQiyi Sepanjang Julai Ini!

Budak Tebing 2, Demon Slayer & Banyak Lagi Drama Menarik Di iQiyi Sepanjang Julai Ini!

Budak Tebing 2, Demon Slayer & Banyak Lagi Drama Menarik Di iQiyi Sepanjang Julai Ini! 1

Kini Trending

Budak Tebing 2, Demon Slayer & Banyak Lagi Drama Menarik Di iQiyi Sepanjang Julai Ini!

Baru-baru ni Perdana Menteri kita umumkan yang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersambung lagi. Nampaknya kita kena duduk rumah lagi la, guys. Tapi takpe, sebab iQiyi setia untuk menemani korang!

Nak tengok drama Korea, drama tempatan, C-drama dan anime? Semuanya ada! Jom kami kongsikan antara drama-drama terbaru sepanjang bulan Julai yang korang boleh layan di iQiyi!

1. Budak Tebing 2

Budak Tebing 2, Demon Slayer & Banyak Lagi Drama Menarik Di iQiyi Sepanjang Julai Ini! 4

Kembali untuk musim kedua, kali ini Budak Tebing 2 menampilkan dua karakter baru iaitu Amin dan Amnad yang akan bersama-sama Tongki dan Arif dalam membanteras sindiket buruh kanak-kanak. Manakala, Yoyol pula masih tak boleh menerima kehadiran ayahnya yang masih hidup dan tiba-tiba muncul.

Drama yang bergenre kekeluargaan, persahabatan dan isu semasa ini akan bersiaran setiap hari Rabu hingga Sabtu, pada pukul 10 malam secara percuma dan eksklusif di iQ.com. 

2. Hatimu Sedingin Salju

Budak Tebing 2, Demon Slayer & Banyak Lagi Drama Menarik Di iQiyi Sepanjang Julai Ini! 6

Drama yang dibintangi Hisyam Hamid, Aprena Manrose, Hafeez Mikhail, Bella Dowanna dan ramai lagi ni, mengisahkan tentang Puan Noraini yang telah berhasrat untuk menyatukan anak perempuannya, Rania, dengan salah seorang anak lelaki Datin Mimi. Ketika dua keluarga itu bercuti bersama, Arman, anak sulung Datin Mimi mula jatuh hati pada Rania. Konflik bermula apabila Nabil, adiknya, juga menyimpan perasaan terhadap Rania.

Hmm..agaknya siapa yang berjaya merebut hati Rania? Kalau nak tahu, jom saksikan drama Hatimu Sedingin Salju pada hari Isnin hingga Jumaat, pukul 8 malam di iQ.com.

Yang bestnya, kalau korang ahli VIP, korang boleh dapat akses episod baru di iQiyi 1 jam selepas siaran TV tau! Kalau bukan VIP pun tak apa, episod baru akan FREE untuk ditonton selepas 24 jam kemudian!

1. At a Distance, Spring is Green

Budak Tebing 2, Demon Slayer & Banyak Lagi Drama Menarik Di iQiyi Sepanjang Julai Ini! 8

Kalau korang merupakan peminat boy band Wanna One, korang mesti kena tengok drama ni sebab ia dibintangi oleh Park Ji Hoon bersama dengan Kang Min Ah dan Bae In Hyuk!

Drama yang bergenre romantik ni mengisahkan tentang kehidupan Nam Soo Hyun dan Yeon Joo, pelajar universiti yang tanpa disangka menjadi kawan ketika mengerjakan projek bersama.

Drama yang diadaptasi dari komik popular School Life ni juga menggambarkan isu dan konflik yang harus ditempuhi mereka sebagai pelajar universiti di usia 20-an.

Drama 12 episod ni ditayangkan secara EKSKLUSIF di iQ.com pada setiap Isnin dan Selasa, pada pukul 8.30 malam.

2. Monthly Magazine Home

Budak Tebing 2, Demon Slayer & Banyak Lagi Drama Menarik Di iQiyi Sepanjang Julai Ini! 10

Apa akan terjadi sekiranya seorang gadis yang berpegang dengan prinsip “rumah adalah sebuah tempat yang dia boleh menjadi dirinya sendiri”, bertemu dengan seorang lelaki yang menganggap bahawa “rumah hanyalah sumber kekayaan dan tempat tidur”?

Tapi, kerana rumah jugaklah mereka jatuh cinta. Korang rasa, macam mana agaknya mereka ni nak berhadapan dengan prinsip masing-masing yang berbeza?

Kalau nak tahu, jom saksikan drama menyentuh hati, Monthly Magazine Home yang ditayangkan secara EKSKLUSIF pada setiap hari Rabu dan Khamis, jam 8 malam di iQ.com.

 3. The Devil Judge

Budak Tebing 2, Demon Slayer & Banyak Lagi Drama Menarik Di iQiyi Sepanjang Julai Ini! 12

Drama ni memang lain dari yang lain! Nak tahu kenapa admin cakap macam tu? Haa..drama lakonan Ji Sung dan Kim Min Jeong ni berkisarkan tentang mahkamah yang bersidang melalui rancangan realiti. Dalam rancangan tersebut, hakim akan menghukum orang yang tamak dan gila kuasa melalui persidangan yang ditonton secara siaran langsung di seluruh dunia.

Kalau korang jenis yang sukakan drama bergenre suspens, The Devil Judge memang untuk korang! Drama ini akan ditayangkan tak lama lagi di iQ.com. Stay tuned!

1. Never Say Goodbye

Budak Tebing 2, Demon Slayer & Banyak Lagi Drama Menarik Di iQiyi Sepanjang Julai Ini! 14

Siapa kat sini suka drama yang bertemakan siasatan jenayah dan detektif? Admin sarankan korang untuk tonton drama Never Say Goodbye ni.

Drama bergenre aksi, romantik dan jenayah ni berkisarkan tentang pegawai polis bernama Liu Yuan Wen (Allen Ren) yang telah melakukan kesilapan sehingga menyebabkan kematian tunangnya, Rong Yu dan rakan polisnya yang lain. Kecewa dengan peristiwa tersebut, Liu Yuan Wen meletakkan jawatan.

Namun, Rong Yao rupanya menyimpan dendam terhadap Liu Yuan Wen atas kematian adiknya. Namun, Rong You dan Liu Yuan Wen akhirnya ditemukan dalam satu misi penyamaran untuk menumpaskan Group K, sebuah kartel dadah yang diketuai oleh Mr Ou.

Drama 47 episode ni ditayangkan secara EKSKLUSIF di iQ.com setiap hari Selasa hingga Jumaat pada pukul 8 malam.

2. Make a Wish

Budak Tebing 2, Demon Slayer & Banyak Lagi Drama Menarik Di iQiyi Sepanjang Julai Ini! 16

Drama yang bertemakan fantasi dan romantik ni berkisahkan tentang Yu Chi Yan (Ren You Lun) yang tanpa sengaja menyelamatkan seorang gadis (Gia Ge) yang tanpa dia ketahui merupakan roh jelmaan seekor kucing. Untuk membalas budi baik Chi Yan, mereka mula tinggal bersama dan memulakan kisah cinta yang manis antara dua spesies yang berbeza.

Drama 24 episode ni akan ditayangkan secara EKSKLUSIF di iQ.com pada 8 Julai 2021, jam 8 malam.

3. Crush

Budak Tebing 2, Demon Slayer & Banyak Lagi Drama Menarik Di iQiyi Sepanjang Julai Ini! 18

Bertemakan kisah cinta dan cita-cita di dunia nyata, drama Crush yang dibintangi Lin Yanjun (Sang Wuyan) mengisahkan tentang seorang mahasiswa yang bercita-cita ingin menjadi broadcaster. Dalam masa yang sama dia juga bekerja sebagai pembantu anchor di stesen radio dan sangat mengagumi penulis lagu misteri Yi Jin.

Sang Wuyan mendapat tahu bahawa Su Nianqin yang cacat penglihatan adalah penulis lirik Yi Jin dan jatuh cinta kepadanya. Namun, atas salah faham, mereka berpisah dan berjumpa tiga tahun kemudian setelah Sang Wuyan menjadi penyampai radio dan Su Nianqin dah boleh melihat.

Adakah mereka akan kembali menjalinkan hubungan? Jom saksikan kesudahannya di iQ.com.

1. Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba the Movie: Mugen Train

Budak Tebing 2, Demon Slayer & Banyak Lagi Drama Menarik Di iQiyi Sepanjang Julai Ini! 20

Setelah menamatkan latihan mereka di rumah kupu-kupu, Tanjirou dan rakan-rakannya tiba di misi seterusnya, “Mugen Train”. Dikatakan lebih daripada 40 orang hilang dalam jangka masa yang singkat. Tanjirou, Nezuko, Zenitsu dan Inosuke bertemu Rengoku Kyoujurou, salah satu “tiang” yang merupakan pendekar pedang terkuat Kisatsutai. Mereka menentang iblis dalam “Kereta Mugen” yang melalui kegelapan.

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba ni merupakan salah satu anime paling popular pada tahun 2018 dan merupakan filem terlaris dalam sejarah filem Jepun. Kini korang dah boleh tonton di iQ.com!

2. Gintama the Movie 2: Rules are Meant to be Broken

Budak Tebing 2, Demon Slayer & Banyak Lagi Drama Menarik Di iQiyi Sepanjang Julai Ini! 22

Diadaptasi dari shonen manga terkenal, filem anime yang bergenre komedi, aksi dan pengembaraan ini menceritakan tentang Sakata Gintoki (Oguri Shun), Shimura Shinpachi (Suda Masaki), dan Kagura (Hashimoto Kanna) yang tidak mempunyai wang untuk membayar sewa, jadi ketiga-tiga mereka harus keluar bekerja.

Pada mulanya mereka bekerja sebagai pelayan di kelab malam dan kemudian menjadi tukang gunting rambut. Mereka terserempak dengan Tokugawa Shigeshige (Katsuji Ryou) yang merupakan jeneral, berpakaian sebagai orang biasa. Sementara itu, Hijikata Toushirou (Yuya Yagira) ditipu oleh Ito Kamotaro (Miura Haruma), dan dia berubah dari samurai yang gagah menjadi otaku yang lemah dan pengecut. Selepas itu, Ito bersatu dengan tentera hantu untuk merancang konspirasi besar yang akan menjatuhkan kerajaan Edo.

Peminat anime, korang mesti kena tengok dua filem ni. Nak tengok kat mana? Mestilah di iQiyi!

Selain percuma dan eksklusif, korang juga boleh nikmati lebih 30,000 kandungan Melayu, Cina, Korea & anime tempatan yang bermutu tinggi dalam sarikata Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Untuk pengalaman tontonan yang lebih menarik, korang juga boleh menjadi ahli VIP iQiyi untuk nikmati pelbagai faedah ekslusif seperti skip iklan, langganan berharga RM1.90 untuk bulan pertama, kandungan ekslusif dan tontonan awal, Dolby Atmos, dan HD Penuh. Bestnya!

Kalau korang merupakan ahli VIP, korang berpeluang untuk mengakses episod baru 1 jam selepas drama ini disiarkan di TV, manakala bagi ahli biasa, korang akan mendapat akses 24 jam kemudian. Best kan?

Budak Tebing 2, Demon Slayer & Banyak Lagi Drama Menarik Di iQiyi Sepanjang Julai Ini! 24

Oh ya, sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setianya, iQiyi kini bekerjasama dengan pelbagai badan dan jenama untuk mendorong orang ramai untuk mendapatkan vaksin. Ini juga sebagai salah satu usaha untuk membawa negara kita selangkah lebih dekat kepada matlamat imuniti kelompok. iQiyi juga berjanji untuk memberi penghargaan kepada rakyat Malaysia dengan memberi akses VIP percuma kepada mera yang sudah menerima vaksin!

Nak tahu macam mana nak dapatkan akses VIP iQiyi percuma selama 2 minggu?  

Akses VIP percuma akan diberikan kepada korang yang memenuhi salah satu kriteria di bawah:

  • Telah mendapat vaksin
  • Menjadi sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV)
  • Menempah ujian covid di BP Healthcare

Best kan? Kalau korang nak tahu lebih lanjut, jom layari www.iQiyiBersamaRakyat.com.

Duduk rumah dan kekal selamat bersama iQiyi!


Budak Tebing 2, Demon Slayer & Banyak Lagi Drama Menarik Di iQiyi Sepanjang Julai Ini! 26

The following two tabs change content below.

it ain’t watcha write
it’s the way atcha write it



Budak Tebing 2, Demon Slayer & Banyak Lagi Drama Menarik Di iQiyi Sepanjang Julai Ini! 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo