Berita

Buka semua sektor | Harian Metro

Buka semua sektor | Harian Metro 2

KEBENARAN sektor ekonomi untuk beroperasi semula terutama dengan bantuan sokongan kerajaan dilihat mampu menjadi penyelesaian terbaik dalam menghadapi impak akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Ekonomi, Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari berkata, ekonomi negara tidak hanya boleh bergantung harap dengan kerajaan semata-mata kerana ia memberi keadaan tidak mampan kepada sektor perniagaan.

Justeru, katanya, penyelesaian terbaik dengan membenarkan semua sektor ekonomi beroperasi.

“Mencari titik keseimbangan antara mengurangkan risiko kesihatan dan ekonomi dengan menutup sebahagian sektor ekonomi sudah tidak sesuai lagi.

“Pemerhatian menunjukkan penutupan aktiviti ekonomi tidak menjamin penurunan kes jangkitan Covid-19.

“Malah, penutupan ekonomi akan menjadikan keadaan bertambah parah dengan kehilangan pendapatan dan pekerjaan akan meningkat,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, dalam ekonomi, istilah penutupan ekonomi hanya relevan jika tiada permintaan ke atas barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah industri atau sektor ekonomi.

Di dalam konteks pengurusan ekonomi ketika pandemik Covid-19, permintaan barangan dan perkhidmatan wujud dan masih wujud, jadi istilah penutupan ekonomi tidak relevan.

Dr Mohd Yusof berkata, selain daripada permintaan, perlu difahami ekonomi bekerja sebagai sebuah sistem interaksi yang setiap sektor bergantung dengan sektor lain.

“Maka, penutupan ekonomi akan memutuskan rantaian bekalan kepada sektor ekonomi yang dibuka dan seterusnya boleh memberi implikasi kepada harga.

“Jika prosedur operasi standard (SOP) kebenaran beroperasi hanya terpakai kepada sektor ekonomi yang menyediakan barangan dan perkhidmatan asas sahaja, maka perlu diketahui tahap kapasiti pengeluaran sektor bukan di bawah kategori barangan dan perkhidmatan asas sahaja.

“Hal ini kerana kedua-dua kumpulan sektor ekonomi ini masih bergantung di antara satu dengan yang lain.

“Pengeluaran roti memerlukan bahan-bahan mentah seperti tepung, telur, coklat, gula, garam, minyak, pembungkus kertas dan plastik, air dan perkhidmatan penghantaran, yang mana bekalan bahan mentah ini diperolehi dan dikeluarkan oleh sektor berbeza.

“Apa yang paling penting, pada pandangan saya, adalah dua perkara iaitu membenarkan aktiviti ekonomi berjalan dan memastikan SOP dipatuhi.

“Pelbagai kaedah boleh dipertimbangkan untuk meningkatkan pematuhan SOP dengan tidak hanya terarah kepada penguatkuasaan denda semata-mata. Contohnya, menyediakan sukarelawan di setiap premis bagi memantau pematuhan SOP,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan dilihat memiliki ruang fiskal yang terhad di dalam membiayai pakej rangsangan ekonomi berskala besar.

Buka semua sektor | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo