Infotainment

Bukan Sebab Buta Atau Cacat, Hajat Suhaimi Saad Untuk Bertongkat Kini Tercapai


Mendedahkan dirinya memang sudah berniat untuk bertongkat apabila menginjak usia 40 tahun, bekas anggota kumpulan nasyid InTeam, Suhaimi Saad akui ia merupakan sebahagian daripada sunnah para nabi.

Katanya, perkara itu dilakukannya bukanlah disebabkan buta mahupun cacat.

Perkara itu didedahkan sendiri olehnya menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.

“Bukan sebab buta atau cacat, dah lama saya niat, bila masuk usia 40 tahun, saya akan bertongkat. Mudah-mudahan itu akan menjadi pengingat kepada saya, bahawa apabila usia meningkat, hidupmu semakin singkat, hari kematianmu makin dekat, tinggalkanlah segala dosa dan maksiat, perbanyakkanlah amal soleh dan taubat.”

Dalam pada itu, beliau yang kini menghadapi masalah mata yang kronik tidak terlepas berdoa supaya jalan hidupnya dilimpahi rahmat dan berkat dari Illahi.

Terdahulu, nama Suhaimi kembali menjadi bualan hangat netizen selepas perit gerit kehidupannya bersama keluarga mula mendapat perhatian netizen.

Bahkan disebabkan keadaannya yang tidak mengizinkan juga seakan memerlukan bantuan isterinya, Ina Naim untuk melakukan urusan harian.

Malah, Suhaimi sebelum ini juga mendedahkan, punca masalah yang timbul di matanya itu mungkin ada kaitan dengan buatan orang.

Untuk rekod, Suhaimi telah mendirikan rumah tangga dengan Ina pada 2007. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Salman El- Khoyri, Phyrosh Elfadwah, dan Nurhayla Elghufrony.



Written by Ridhwan Razak


 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.





Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo