Infotainment

Bukan Sengaja Nyanyi Sumbang, Nabila Razali Terluka Baca Komen Sinis Netizen

Bukan Sengaja Nyanyi Sumbang, Nabila Razali Terluka Baca Komen Sinis Netizen
Bukan Sengaja Nyanyi Sumbang, Nabila Razali Terluka Baca Komen Sinis Netizen 1

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai pelakon dan penyanyi, Nabila Razali apabila persembahannya sumbang ketika menyanyikan lagi Aku Terluka yang juga single terbarunya.

Memetik mStar Online, Nabila berkata dia bukan sengaja mahupun suka-suka untuk menyanyi sumbang dan sudah memberikan yang terbaik namun terganggu dengan pelbagai faktor seperti tidak cukup rehat sehingga persembahannya sumbang.

BACA: Netizen Risau Tengok Kedudukan Tangan Nabila Razali Dekat MK

“Pada hari pelancaran saya tidak cukup rehat dan itu salah satu faktor nyanyian sumbang tetapi saya tidak mahu jadikan ia sebagai alasan.

“Perkara pun sudah berlaku, orang pun dah post nak buat apa lagi, enjoy sahaja… saya tak salahkan sesiapa tetapi saya sendiri yang bersalah.

“Sebagai penyanyi saya tak akan sengaja menyanyi sumbang tetapi perkara sudah berlaku. Saya hanya boleh move on dan buat lebih baik pada masa depan,” katanya.

Meskipun dihentam teruk sehingga ada yang memintanya untuk berhenti menyanyi, Nabila berkata dia tidak akan berbuat demikian kerana bidang nyanyinya adalah cintanya.

Tambah Nabila lagi, meskipun adakalanya terluka dengan kecaman dilemparkan netizen, dia hanya mampu memekakkan telinga supaya tidak menggangu perjalanan kariernya sebagai penyanyi.

“Saya tolak tepi semua kecaman, kalau saya fikir apa orang cakap nanti saya akan dekat situ sahaja. Menyanyi ini saya minta sejak kecil, jadi kenapa saya perlu nak dengar cakap orang.

“Saya tak marah atau sakit hati tetapi kesal dengan ayat-ayat ditinggalkan seolah-olah mereka ini tiada adik-beradik atau kawan-kawan,” ujarnya.


Bukan Sengaja Nyanyi Sumbang, Nabila Razali Terluka Baca Komen Sinis Netizen 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo