Berita

Capai 7 bintang teratas penilaian kesihatan

Capai 7 bintang teratas penilaian kesihatan 1

Capai 7 bintang teratas penilaian kesihatan 2

AIRASIA menerima pengiktirafan tujuh bintang teratas bagi setiap syarikat penerbangan dalam kumpulannya daripada pakar keselamatan industri penerbangan, Airlineratings.com atas pelaksanaan pelbagai inovasi industri yang menjadikan pengalaman perjalanan lebih lancar dan selamat dengan ciri-ciri tanpa sentuhan.

Menurut kenyataan AirAsia semalam, syarikat penerbangan dinilai berdasarkan tujuh kriteria seperti yang dinyatakan dalam laman web Airlineratings.com.

Ia merangkumi maklumat menyeluruh mengenai prosedur Covid-19 di laman web, pemakaian pelitup muka, pemakaian peralatan perlindungan diri oleh anak kapal, perkhidmatan hidangan dalam penerbangan yang diubah suai, pembersihan pesawat berkala, kit pensanitasi peribadi dan penjarakan fizikal dalam penerbangan.

Ketua Pengarang Airlineratings.com, Geoffrey Thomas berkata, pihaknya bimbang apabila mendapat tahu ada syarikat penerbangan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard Covid-19 yang dipersetujui untuk melindungi penumpang dan anak kapal.

“Kini keadaan sudah berubah dan pasukan kami akan meninjau pematuhan operasi setiap minggu. AirAsia antara syarikat penerbangan pertama yang melaksanakan semua cadangan secara agresif,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Beliau berkata, penilaian itu dibuat berdasarkan kriteria yang ditetapkan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengikut garis panduan keselamatan serantau dan antarabangsa.

Awal minggu ini, AirAsia melancarkan inovasi terbaru, Scan2Fly, teknologi terkemuka industri bagi menentukan kelayakan para penumpang untuk terbang sebelum mereka tiba di lapangan terbang, termasuk pengesahan masa nyata bagi dokumen kesihatan.

Pada masa yang sama, AirAsia turut mengumumkan beberapa peningkatan perkhidmatan meliputi perkhidmatan daftar masuk beg automatik, teknologi pemeriksaan suhu mudah alih serta teknologi pengecaman wajah biometrik F.A.C.E.S. (Fast Airport Clearance Experience System) – sistem pengecaman wajah tanpa sentuhan.

Capai 7 bintang teratas penilaian kesihatan 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo