Artikel Terkini

Cara Bungkus Pokok Untuk Pos, 2 Minggu Boleh Tahan Dalam Kotak

Cara Bungkus Pokok Untuk Pos, 2 Minggu Boleh Tahan Dalam Kotak 1

Aktiviti berkebun kini kian mendapat sambutan sama ada untuk tujuan komersil mahupun sebagai hobi. Menjelang zaman teknologi ni, lagi seronok Impiana tengok masing-masing berkongsi ilmu berkebun di dalam media sosial. Dari situ, wujud lah group-group berkebun di dalam media sosial. Ada yang suka bertukar-tukar benih dan pokok. Ada pula yang pandai mengambil peluang dan kesempatan menjadikan pertanian ini sebagai perniagaan sambilan melalui penjualan tanaman secara dalam talian.

Bila dah jual secara dalam talian, sudah pasti cara penghantaran nya adalah melalui bungkusan kurier terutamanya bagi pembelian yang jauh. Tapi tanaman perlu dibungkus rapi tanpa merosakkan sebarang struktur pokok disamping mengurangkan stress tanaman. Khuatir nanti sampai pada pembeli pokoknya mati.

Jadi, bagaimana pembungkusan tanaman perlu dilakukan?

1. Pastikan siram pokok yang hendak dibungkus terlebih dahulu. Siram bagi lembap sahaja, bukan basah kuyup. Kemudian letakkan kapas di bahagian atas permukaan medium sehingga betul-betul tertutup. Ia bertujuan mengekalkan kelembapan di dalam medium disamping mengelak ia dari keluar dari pasu atau bertaburanCara Bungkus Pokok Untuk Pos, 2 Minggu Boleh Tahan Dalam Kotak 2

 

Cara Bungkus Pokok Untuk Pos, 2 Minggu Boleh Tahan Dalam Kotak 3

2. Ambil plastik bag atau plastik pembalut dan balut kemas keseluruhan bahagian medium dan pasu. Jika perlu gunakan pita pelekat. Lebih mudah guna plastik pembalutCara Bungkus Pokok Untuk Pos, 2 Minggu Boleh Tahan Dalam Kotak 4

 

Cara Bungkus Pokok Untuk Pos, 2 Minggu Boleh Tahan Dalam Kotak 5

 

Cara Bungkus Pokok Untuk Pos, 2 Minggu Boleh Tahan Dalam Kotak 6

3. Balut tanaman dengan kertas tebal seperti kad manila yang di lapiskan bersama kertas minyak. Teknik ini mampu melindungi ranting dan daun tanaman di samping dapat mengelak tanaman dari terkena suhu yang melampau ketika proses penghantaranCara Bungkus Pokok Untuk Pos, 2 Minggu Boleh Tahan Dalam Kotak 7

 

Cara Bungkus Pokok Untuk Pos, 2 Minggu Boleh Tahan Dalam Kotak 8

4. Labelkan setiap tanaman untuk memudahkan pembeliCara Bungkus Pokok Untuk Pos, 2 Minggu Boleh Tahan Dalam Kotak 9

5. Balut pokok atau tanaman yang telah siap tadi dengan bubble wrap atau foam bagi mengelak ia bergerak dan tidak mudah bergoyang apabila dihentak.Cara Bungkus Pokok Untuk Pos, 2 Minggu Boleh Tahan Dalam Kotak 10

6. Sediakan kotak yang muat-muat je saiz bungkusan bubble wrap tadi dan tanaman anda sedia untuk di hantar.Cara Bungkus Pokok Untuk Pos, 2 Minggu Boleh Tahan Dalam Kotak 11

Tanaman yang dihantar dengan teknik pembungkusan ini mampu bertahan lebih 2 minggu di dalam kotak. Ia juga sesuai untuk semua jenis tanaman sama ada yang tidak mempunyai medium mahupun tidak

Sumber: https://garden.org

Cara Bungkus Pokok Untuk Pos, 2 Minggu Boleh Tahan Dalam Kotak 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link