Artikel Terkini

Cara – cara memohon Pengeluaran i-Lestari KWSP

Cara - cara memohon Pengeluaran i-Lestari KWSP 1

Bagi membantu pencarum KWSP menghadapi tempoh pandemik Covid-19 ni, KWSP telah mengumumkan kemudahan pengeluaran i-Lestari KWSP maksimum sebanyak RM500 sebulan.

Korang boleh memohon pengeluaran i-Lestari KWSP ni bermula 1 April 2020.

Maklumat ni Tok dapat daripada website KWSP. Jemput hadamkan sama-sama.

Cara – cara memohon Pengeluaran i-Lestari KWSP

Soalan #1 :

Saluran penghantaran borang permohonan Pengeluaran i-Lestari.

Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dihantar kepada KWSP mulai 1 April 2020 melalui kaedah-kaedah berikut:

  • Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)
  • Secara e-mel yang dialamatkan kepada: ilestarimohon@epf.gov.my; atau
  • Secara hantaran pos kepada alamat :

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720, Petaling Jaya dengan catatan (UP : i-Lestari ) pada bahagian hadapan sampul surat

Ahli disarankan untuk menghantar permohonan secara dalam talian (e-Pengeluaran) untuk mempercepatkan proses kelulusan.

Permohonan secara manual yang dihantar melalui kaedah (b) dan (c) akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.

Permohonan pengeluaran oleh ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui kaedah (b) dan (c) sahaja.

Soalan #2 :

Tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari.

Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

Soalan #3 :

Konsep am Pengeluaran i-Lestari.

Konsep am Pengeluaran i-Lestari adalah seperti berikut:

  • Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja.
  • Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.
  • Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di para (b)

Ilustrasi:

  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

Soalan #4 :

Kelayakan ahli untuk memohon Pengeluaran i-Lestari.

  • Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;
  • Berumur di bawah 55 tahun; dan
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2

Soalan #5 :

Tempoh ahli membuat permohonan Pengeluaran i-Lestari.

Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. (Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021).

Soalan #6 :

Amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari

Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.

Jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.

Soalan #7 :

Bilakah bayaran untuk permohonan yang diluluskan akan dibuat kepada ahli?

Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020.

Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

Soalan #8 :

Permohonan untuk mengubah amaun bayaran pengeluaran.

Ahli tidak boleh mengubah amaun pengeluaran bulanan berulang yang telah diluluskan.

Soalan #9 :

Mengapakah amaun Pengeluaran i-Lestari terhad kepada maksimum RM500 dan secara bulanan?

Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.

Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.

Soalan #10 :

Mengapakah kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari terhad untuk sekali sebulan?

Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan.

Soalan #11 :

Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja?

Tujuan i-Lestari adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 pada ketika ini.

Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik Covid-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut.

Tok dapat satu soalan yang menarik

“Tok, patut tak saya keluarkan RM500 dari i-Lestari KWSP ni?”

Untuk menjawab soalan ni, Tok cadangkan korang klik link di bawah untuk baca lebih lanjut. Semoga membantu!

Pengeluaran RM500 dari KWSP Akaun 2

Take care and stay strong everyone. Tok doakan korang kuat semasa hadapi waktu getir ni. 

Cara - cara memohon Pengeluaran i-Lestari KWSP 1

Source link